Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Presiden Tharman ucap tahniah kepada Presiden Mesir menangi pilihan raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tharman ucap tahniah kepada Presiden Mesir menangi pilihan raya

Dec 20, 2023 | 05:25 PM



Presiden Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam, telah mengucapkan tahniah kepada Presiden Abdel Fattah al-Sisi di atas pemilihan semulanya sebagai presiden Mesir buat penggal ketiga pada 18 Disember.

“Mandat kuat yang anda terima amat penting di tengah-tengah konflik di rantau ini dan peranan penting yang dimainkan Mesir dalam menyelaraskan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan bagi mencapai kedamaian.

“Singapura dan Mesir menikmati perkongsian mesra dan lama, dilandaskan politik, ekonomi dan hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh,” kata Encik Tharman dalam suratnya kepada Encik al-Sisi pada 19 Disember.

Tambahnya, kerjasama antara kedua-dua negara telah berkembang ke beberapa bidang seperti penerbangan awam dan pelancongan.

“Saya berharap untuk terus bekerjasama dengan anda untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala,” kata Encik Tharman.

Encik al-Sisi, 69 tahun, pertama kali dipilih sebagai presiden Mesir pada 2014, dan dipilih semula pada 2018, kedua-dua kali dengan 97 peratus undi. Kejayaan terbarunya ini akan membolehkan beliau menerajui pucuk pimpinan Mesir sehingga 2030.

Perlembagaan Mesir telah dipinda pada 2019, melanjutkan penggal presiden kepada enam tahun daripada empat, dan membenarkan Encik al-Sisi bertanding untuk penggal ketiga.

Pilihan Raya pada 2023, bagaimanapun, berlaku ketika Mesir sedang bergelut dengan krisis ekonomi dan cuba menguruskan risiko limpahan daripada perang di Gaza, yang bersempadan dengan Semenanjung Sinai Mesir.

Konflik bersenjata antara Israel dan Hamas bermula apabila kumpulan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, yang mengorbankan sekitar 1,200 orang di samping menjadikan sekitar 250 orang sebagai tebusan.

Israel sejak itu melancarkan serangan balas terhadap Hamas di Jaluran Gaza, mengakibatkan kematian hampir 20,000 rakyat Palestin, dengan hampir dua juta orang kehilangan tempat tinggal.

Menteri Luar Britain, Encik David Cameron, akan melawat Jordan dan Mesir pada minggu ini untuk mendesak gencatan senjata yang mampan dan tempoh jeda bagi bantuan kemanusiaan selanjutnya di Gaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >