Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Roslan Shah gaduh dengan peniaga bazar satu gimik? Ini penjelasan tauke Mango Bossku

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Roslan Shah gaduh dengan peniaga bazar satu gimik? Ini penjelasan tauke Mango Bossku

Mar 22, 2024 | 02:42 PM



Daripada gelagat pergaduhan bersama seorang selebriti kepada tindakan membalas pengguna di media sosial yang ingin ‘mencari pasal’ dengannya.

Peniaga bazar Mango Bossku, Encik Mohammad Hussin Said, akur daya pemasarannya bagi gerainya di bazar Hari Raya Geylang Serai kini bersifat lebih agresif berbanding tahun-tahun yang lalu.

Namun, menurut peniaga yang telah bertapak di bazar berkenaan sejak 2019 itu dan baru-baru ini menjadi bahan perbincangan hangat atas jualan manisan ala Arab kunafa, beginilah caranya untuk bersaing dalam pasaran yang hangat ini.







“Kita tak boleh nak duduk-duduk harapkan pelanggan datang ke sini sahaja,” kata Encik Hussin, 37 tahun, ketika ditemui Berita Harian (BH), di bazar itu baru-baru ini.


“Kita harus mencari cara baru, tawarkan produk baru dan mencipta daya pemasaran ‘meletup’ yang boleh membuat gerai kami tular di media sosial.”

Pada minggu pertama bazar tersebut yang menawarkan sebanyak 500 gerai itu mula beroperasi, satu video menunjukkan selebriti popular Roslan Shah mengamuk di gerai Mango Bossku menjadi tular.

Video itu menunjukkan artis berkenaan mengeluarkan kata-kata kasar kepada Encik Hussin sebelum menghentak papan plastik gerai kunafa itu dan bergegas keluar dari tempat itu bersama peniaga tersebut.


Mendedahkan perihal sebenar kepada BH, Encik Hussin berkata insiden itu merupakan satu gimik pemasaran.

Beliau telah menempah khidmat Roslan untuk melakukan gelagat itu bagi menarik perhatian ramai di media sosial.

Beliau juga berkata selain dibayangi persaingan antara peniaga lain di bazar tersebut, bazar itu sendiri menerima persaingan sengit daripada bazar-bazar lain di serata Singapura, lantas membuatnya terdorong menerbitkan kandungan bersifat keras itu bagi menarik perhatian orang ramai ke gerainya.







Encik Hussin berkata beliau telah mengeluarkan perbelanjaan besar mencecah lebih $70,000 pada 2024 dengan menyewa sebanyak enam gerai yang menawarkan beraneka pilihan sajian.

Ini termasuk juadah manisan Crispy Kunafa iaitu pilihan makanan terbaru ditawar Mango Bossku, yang terdahulu menebarkan sayap pada 2019 dengan menjual hanya minuman Mango Float sahaja.

Juadah itu dijual antara $10 dengan $14 tergantung kepada perisa seperti kunafa asli, red velvet, nutella hazelnut, serta beberapa perisa ‘premium’ lain.


Idea menjual kunafa tercetus apabila Encik Hussin memerhatikan tiada peniaga lain yang menjual makanan itu dengan menyediakannya secara segar.


Meskipun ia menerima sambutan baik, katanya, ia turut menjadi bahan perbincangan hangat baru-baru ini, selepas beberapa pengguna media sosial membuat ulasan negatif terhadap makanan itu.

Sebagai tindak balas, Encik Hussin menerbitkan beberapa video di TikTok untuk menjelaskan hal itu, selain berkata “90 peratus pelanggannya ‘steady’ sahaja”.

Tetapi baki 10 peratus – iaitu pelanggan yang beranggapan negatif terhadapnya – “tidak mempunyai standard yang setaraf” dengannya.

“Ini benda bikin satu cerita bikin satu lagi cerita,” katanya, merujuk kepada bagaimana beliau bakal memanfaatkan ulasan negatif itu bagi menerbitkan kandungan pemasaran lain.

“Bagi mereka yang tak suka, saya tak ada kuasa untuk mengubah pandangan mereka, sebab masing-masing ada cita rasa sendiri.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >