Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Siswa NTU sedia khidmat jamu selera hidangan stik di rumah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siswa NTU sedia khidmat jamu selera hidangan stik di rumah

Dec 07, 2023 | 05:01 PM



Minatnya yang mendalam terhadap seni memasak daging telah mendorong Encik Muhammad Syahmi Rohaizan, 24 tahun, untuk memulakan perniagaan yang dinamakan Dageng, perkhidmatan yang menawarkan pengalaman hidangan stik halal secara privet di rumah pelanggan.

Sewaktu bekerja sambilan di The Meatery, kedai penyediaan daging di Upper Thomson Road, minatnya mula berkembang menjadi minat yang mendalam.

Awalnya, pekerjaan itu hanyalah cara untuk beliau membiayai pendidikannya di Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Namun akhirnya membuka jalan bagi Encik Syahmi untuk meneroka minatnya yang mendalam terhadap stik dan pelbagai cara memasak daging.

“Apabila saya bekerja di The Meatery, saya mendapat kepuasan dalam memilih daging berkualiti tinggi dan melibatkan diri dalam proses penyediaan daging untuk dijual kepada pelanggan,” jelas Encik Syahmi yang kini berada di tahun ketiga pengajiannya.

Setelah mengumpul pengalaman di The Meatery selama dua tahun, Encik Syahmi memutuskan untuk mengejar minatnya dengan lebih serius.

Menurut Encik Syahmi, idea untuk memulakan Dageng tercetus apabila beliau pertama kali memasak stik untuk kawan sekolahnya di dewan kediaman NTU pada November 2022.

“Pada ketika itu, kawan saya ajak keluar makan stik tetapi saya cadangkan agar saya sendiri masak untuk mereka, jadi kami tidak perlu keluar dari asrama.

“Tidak lama kemudian, sekumpulan kawan yang dapat tahu tentang aktiviti itu, telah meminta saya untuk memasakkan stik untuk mereka juga. Daripada situ, berita itu tersebar dan lebih ramai orang tahu tentang khidmat yang saya tawarkan.

“Pada Januari 2023, yakin dengan idea unik yang tercetus, saya memutuskan untuk memulakan perniagaan saya dan menerima tempahan hidangan stik daripada pelanggan luar,” ujar Encik Syahmi.

Pelajar NTU itu berkongsi bahawa beliau sudah pun mempunyai peralatan memasak jadi beliau hanya memerlukan bahan masak seperti daging, rempah dan minyak.

“Saya dapatkan semua bahan dari The Meatery, jadi saya tidak perlukan banyak modal untuk memulakan Dageng,” jelasnya.

Selain daripada menawarkan pengalaman makan secara persendirian di rumah pelanggan, Encik Syahmi memberikan pembentangan tentang potongan daging yang berbeza.

Menggunakan satu infografik di iPadnya, beliau berkongsi dari mana setiap potongan daging berasal. Contohnya, stik ‘ribeye’ dan ‘sirloin’ berasal dari tulang rusuk lembu dan ‘brisket’ berasal dari dada lembu.

“Sambil pelanggan saya menikmati stik bersama keluarga dalam keselesaan rumah mereka sendiri, saya ingin menyampaikan pengetahuan saya tentang daging dan hilangkan sebarang salah faham tentang stik.

“Di restoran, pelanggan hanya makan stik dan tidak tahu tentang selok-belok di sebalik persiapan dan masakan stik jadi saya ingin menambah nilai pada pengalaman ini,” kata Encik Syahmi.

Apabila ditanya perasaannya ketika memulakan Dageng, Encik Syahmi akui beliau mulanya gementar kerana beliau tidak mempunyai kemahiran keusahawanan tetapi beliau percaya dalam konsep perniagaannya yang unik.

Sebagai seorang pelajar sepenuh masa dalam kursus Sosiologi, beliau juga perlu mengimbangi pelajaran dan perniagaannya.

“Pada mulanya, saya risau tetapi saya sedar idea akan kekal sebagai idea sehinggalah saya bertindak dan melakukan sesuatu.

“Pada masa depan, saya ingin mempelbagaikan khidmat saya, memberikan pengalaman sama tetapi mungkin berlainan latar, seperti makan di luar rumah sebagai salah satu kegiatan berkelah atau barbeku. Selain daging lembu, saya juga ingin hidangkan masakan kambing dan ayam,” kongsi Encik Syahmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >