Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

S’pura lahir keprihatinan terhadap rancangan serangan Israel di Rafah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura lahir keprihatinan terhadap rancangan serangan Israel di Rafah

Vivian beritahu Netanyahu tindakan tentera Israel di Gaza telah melampaui batas
Mar 20, 2024 | 06:30 PM



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, telah menyampaikan pandangan Singapura mengenai tindakan tentera Israel di Gaza yang melampaui batas semasa bertemu Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Nentanyahu, di Baitulmakdis pada 19 Mac.

Singapura juga prihatin akan kesan sekiranya Israel melancarkan serangan ketenteraan ke bandar Rafah di Gaza yang dihuni sekitar 1.5 juta orang yang berlindung di sana.

Menurut Dr Balakrishnan, Singapura mengutuk tindakan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober dan menganggapnya sebagai tindakan pengganasan, tetapi Israel perlu patuh pada undang-undang kemanusiaan antarabangsa semasa melaksanakan hak mempertahankan diri.

Tindakan tentera Israel dalam respons kepada serangan Hamas itu telah mengorbankan lebih 31,000 warga Palestin di Gaza, termasuk kanak-kanak dan wanita. Warga yang masih hidup pula kini di ambang kebuluran, mencetus keprihatinan sejagat.

Dr Balakrishnan juga menyampaikan kepada Encik Nentanyahu gesaan Singapura supaya Israel dengan sepenuh hati melindungi keselamatan orang awam di Gaza dan membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke sana secara berkesan.

Dr Balakrishnan berada di Israel kerana mengetuai delegasi dari Singapura dalam lawatan kerja ke negara-negara Timur Tengah. Beliau telah melawat Palestin dan bertemu para pemimpinnya sebelum ke Israel.

Di Israel, Dr Balakrishnan telah bertemu Encik Nentanyahu dan rakan sejawatannya Menteri Ehwal Luar, Encik Israel Katz.

Dr Balakrishnan juga bertemu Presiden Israel, Encik Isaac Herzog; Menteri Tanpa Portfolio, Encik Benny Gantz; dan mantan Perdana Menteri Israel, Encik Naftali Bennett, semasa lawatannya.

Bercakap kepada media dari Singapura semasa menggulung lawatan ke Israel, Dr Balakrishnan berkata terdapat perbezaan pandangan yang jelas berhubung konflik Israel-Palestin yang sedang berlangsung.

“Di mana kami mempunyai perbezaan ialah kami percaya bahawa tindak balas tentera Israel kini telah melampaui batas. Dan saya telah memaklumkan perkara itu dengan baik kepada Perdana Menteri dan Menteri Luar dan kepada rakyat Israel lain yang kami temui.

“Secara terus-terang, ada beberapa mesej yang mereka tidak bersedia untuk mendengar dan mereka tidak akan terima.

“Namun begitu, kerana hubungan kita dengan Israel sudah cukup lama, dan cukup rapat, saya telah memberitahu Perdana Menteri bahawa Singapura harus sentiasa bersikap jujur,” kata Dr Balakrishnan.

“Mereka mendengar apa yang kami katakan, tetapi ia tidak akan mengubah rancangan mereka.”

Dr Balakrishnan menyifatkan perbincangan yang diadakannya secara berasingan dengan Encik Netanyahu dan Encik Katz sebagai terbuka dan berterus terang, walau ia boleh menyinggung perasaan.

Beliau telah berkongsi harapan dengan kededua pemimpin Israel itu supaya tentera Israel dapat patuh kepada undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Dr Balakrishnan telah menggariskan sokongan berprinsip serta konsisten Singapura untuk penyelesaian dua negara yang dirundingkan, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

“Ini merupakan  satu-satunya laluan yang boleh diambil agar dapat menuju ke arah keamanan yang komprehensif, adil dan berdaya tahan antara Israel dan Palestin,” kata beliau.

“Kebimbangan saya ialah selepas apa yang berlaku kepada kedua-dua Israel dan Palestin, sekarang ini adalah ketakutan dan kemarahan yang wujud dan bukannya harapan segera untuk masa depan,” kata Dr Balakrishnan.

Dr Balakrishnan telah memulakan lawatan ke Timur Tengah dengan mengunjungi Doha, Qatar, pada 15 Mac dan Amman, Jordan dari 16-17 Mac. Pemimpin kededua negara berkongsi pandangan Singapura agar gencatan senjata segera diadakan di Gaza.

Beliau juga telah mengunjungi Jordan untuk melihat sendiri persiapan menggugurkan pakej bantuan kemanusiaan dari udara ke Gaza, hasil kerjasama Angkata Udara Republik Singapura (RSAF) dengan Angkatan Bersenjata Jordan.

Beliau berangkat dari Israel untuk ke Amiriah Arab Bersatu pada 20 Mac untuk meneruskan kunjungannya di Timur Tengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >