Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Vivian: Penting kekalkan model hidup bersama S’pura yang aman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian: Penting kekalkan model hidup bersama S’pura yang aman

Gesa rakyat S’pura tidak ‘tutup mata’ terhadap penderitaan orang lain
Mar 18, 2024 | 04:00 PM



Cara hidup berbilang kaum dan agama Singapura adalah unik kepada dunia dan adalah penting mengekalkan model hidup bersama yang aman ini, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Mengulas mengenai kerumitan dalam konflik Israel-Palestin, Dr Balakrishnan berkata model Singapura mungkin tidak boleh digunakan secara langsung kepada situasi di Gaza kerana keadaan dan sejarah yang berbeza.

Namun, beliau menggesa rakyat Singapura supaya tidak “menutup mata” terhadap penderitaan yang dialami orang lain dan menekankan kepentingan mengambil tindakan untuk mengurangkannya.

Bercakap kepada pelajar Singapura yang sedang menuntut di Jordan, Dr Balakrishnan turut tekankan perlunya bagi Singapura tidak membawa masuk konflik luar ke dalam masyarakat setempat, sambil mengiktiraf keperluan mendesak untuk membantu menangani penderitaan yang sedang berlaku di peringkat global.

“Aturan yang kami buat di Singapura, untuk hidup dengan aman, tidak boleh dipindahkan ke sini. Begitu juga, kita tidak seharusnya mengimport pertengkaran mereka ke dalam masyarakat kita kerana kita mempunyai keadaan, sejarah dan takdir yang berbeza.

“Jadi, adakah itu bermakna kita harus menutup mata dan berpura-pura itu tidak realistik?

“Jika anda melihat pertumpahan darah mereka yang tidak bersalah, anda mesti mengatakan itu salah. Jika anda melihat orang menderita, anda mesti melakukan apa yang anda boleh untuk membantu. Dan itulah yang kita lakukan. Kita mengambil pendirian negara berdasarkan kepentingan negara kita sendiri. 

“Dan salah satu kepentingan utama negara kita ialah jangan biarkan ini memecahbelahkan kita mengikut kaum, bahasa atau agama,” kata Dr Balakrishnan, yang mengetuai kontinjen Singapura untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada Gaza di Amman, Jordan.

Dr Balakrishnan, bersama Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, serta Anggota Parlimen, Encik Alex Yam, Encik Gerald Giam, Cik Nadia Ahmad Samdin, Cik Rachel Ong, dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim menyertai para pelajar dalam satu majlis berbuka puasa di Amman, Jordan.

Meskipun akan terdapat individu yang mungkin mempunyai perasaan mendalam terhadap konflik antarabangsa, Encik Balakrishnan menekankan bahawa adalah penting untuk tidak membiarkan perbezaan pandangan ini mengganggu perpaduan sosial Singapura, yang berdasarkan rasa hormat terhadap kepelbagaian.

Beliau menggalak rakyat Singapura menyalurkan perasaan mereka kepada tindakan yang positif, seperti mengumpul dana, menyediakan bekalan, dan menyokong pertubuhan bukan pemerintah (NGO) dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dalam usaha bantuan kemanusiaan mereka.

Beliau juga menekankan pentingnya mengekalkan hubungan yang jujur dan membina dengan negara lain, walaupun terdapat perbezaan pendapat.

Beliau turut menekankan nilai kepercayaan dan keyakinan bersama dalam memupuk kerjasama, sambil menarik perhatian terhadap keupayaan Singapura untuk bekerja secara berkesan dengan pelbagai rakan kongsi bagi mencapai kebaikan yang lebih bermakna. 

Dr Balakrishnan menyokong pendekatan diplomatik yang menghormati autonomi dan perspektif negara lain, sambil terlibat secara aktif dalam usaha mempromosikan keamanan dan mengurangkan penderitaan.

“Saya ingin percaya bahawa apa yang mereka hargai daripada kita adalah kejujuran kita. Keupayaan kita untuk bekerja dengan negara lain walaupun kita mungkin punyai pendapat yang berbeza. 

“Kita tidak serupa dengan Jordan, namun kedua-dua negara mempunyai kepercayaan. Kita mempunyai keyakinan bersama. Kita boleh membuat cadangan yang berbeza, namun kemudian, kita dapat melakukan sesuatu yang baik bersama.

“Kita tidak perlu memaksa apa yang kita fikirkan kepada orang lain. Dan mereka juga tidak membuat perkara yang sama,” tambahnya.

Dalam rangka lawatan kerja ke Jordan, Dr Balakrishnan telah bertemu Raja Jordan Abdullah II Al Hussein di Istana Diraja di Aqaba, Jordan pada 17 Mac.

Turut hadir ialah Encik Zaqy dan Tengku Mahkota Jordan, Al Hussein Abdullah II.

Dalam pertemuan itu, Dr Balakrishnan menyampaikan ucapan penghargaan daripada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, atas usaha Jordan mengendalikan bantuan kemanusiaan yang disampaikan Singapura untuk mangsa konflik Israel-Palestine di Gaza.

Dr Balakrishnan juga menyampaikan sokongan Singapura buat kepimpinan Raja Abdullah II, dalam usaha menggalak keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.

Sementara itu, Raja Abdullah II pula mengalu-alukan usaha Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) berhubung permulaan misi menggugurkan pakej bekalan kemanusiaan untuk Gaza.


Dalam pada itu, Dr Balakrishan dan Encik Zaqy juga bertemu Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Jordan Bisher Al Khasawner.


Ketiga-tiga pemimpin itu menekankan lagi hubungan pertahanan mesra antara Singapura dengan Jordan dan mengalu-alukan pertukaran tetap untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik.


Dr Balakrishnan juga menyampaikan penghargaannya kepada Angkatan Udara DiRaja Jordan kerana memberikan sokongan kuat buat misi pengguguran bekalan bantuan RSAF.


Beliau dan Al Khaswaneh turut membincangkan keadaan kemanusiaan yang mendesak di Gaza dan keperluan untuk mempertingkat penyampaian bantuan kemanusiaan.


Dr Balakrishnan akan melawat Wilayah Palestin, Israel, Amiriah Arab Bersatu (UAE) Mesir dan Arab Saudi dari 18 hingga 24 Mac, dan dijadualkan bertemu rakan sejawatannya di negara-negara tersebut. 


Beliau diiringi beberapa Anggota Parlimen Singapura dan pegawai dari Kementerian Ehwal Luar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >