Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna S’pura semak semula langkah Grab beli Trans-Cab

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna S’pura semak semula langkah Grab beli Trans-Cab

Jan 31, 2024 | 06:51 PM



Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) sedang menyemak semula pengambilalihan firma pengangkutan Grab terhadap Trans-Cab.

Akhbar The Straits Times (ST) mendedahkan pada 20 Julai 2023 bahawa Grab berhasrat untuk membeli syarikat pengendali teksi itu.


CCCS menyuarakan kebimbangan pada 31 Januari tentang isu persaingan yang mungkin wujud jika pemerolehan diteruskan.

Menurut CCCS, “komitmen tertentu” Grab belum sepenuhnya menangani kebimbangan bahawa pengambilalihan itu boleh membenarkan Grab mempengaruhi pemandu Trans-Cab secara tidak adil untuk lebih menggunakan wadah Grab daripada wadah pesaing lain.

Di samping itu, suruhanjaya itu berkata ia mendapati tempoh dua tahun yang dicadangkan untuk komitmen yang tidak ditentukan itu tidak mencukupi untuk menangani kebimbangan yang akan timbul daripada perubahan dalam struktur pasaran.

“CCCS juga mendapati mekanisme pemantauan Grab (yang tidak melibatkan pihak luar) tidak mencukupi,” suruhanjaya itu menambah sambil menyatakan ia tidak dapat menerima cadangan Grab.

CCCS telah memulakan fasa kedua semakan yang akan menjadi “semakan mendalam terhadap cadangan pengambilalihan oleh Grab Holdings melalui anak syarikat milik penuhnya, Grab Rentals, sebanyak 100 peratus daripada saham Trans-Cab Holdings” .

Semakan awal bermula sejurus selepas perjanjian itu diumumkan, dan menjelang 16 Oktober 2023, CCCS telah pun menyuarakan kebimbangan soal persaingan dengan kedua-dua pihak.

Walaupun menerima maklumat daripada Grab dan maklum balas pihak ketiga, CCCS tidak dapat membuat kesimpulan bahawa pemerolehan itu akan bebas daripada isu persaingan.

Berikutan semakan awal, Grab mencadangkan langkah tertentu pada 31 Oktober 2023, untuk menangani kebimbangan ini.

Bagaimanapun, CCCS menentukan semakan mendalam diperlukan untuk menilai kecukupan langkah-langkah ini.

Semasa fasa kedua, Grab mungkin menawarkan komitmen yang disemak semula untuk menangani sebarang kebimbangan persaingan yang muncul.

Grab berkata dalam satu kenyataan pada 31 Januari: “Grab dan Trans-Cab beriltizam untuk memastikan pemerolehan itu memberi manfaat kepada penumpang dan membantu meningkatkan piawaian keseluruhan perusahaan pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat.”

Semakan dijangka mengambil masa 120 hari dan keputusan mungkin dicapai sekitar pertengahan tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >