Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Tadika Madrasah Perdaus dekati jiran berbilang agama dengan kurma dan madu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERDAUS

Tadika Madrasah Perdaus dekati jiran berbilang agama dengan kurma dan madu

Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Sekumpulan kanak-kanak tadika membawa pek yang diisi dengan mesej Ramadan berserta kurma dan madu.

Mereka mengikut tenaga pengajar ke sebuah kawasan perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang berdekatan Madrasah Perdaus.

Seorang daripada pelajar cilik ini berkata:

“Ketuk tiga kali sahaja ya; ini adab berziarah.”

Ustazah yang bersama mengiringi projek lawatan ini kerap mengingatkan pelajar tentang adab berziarah.

Pada ketukan ketiga, pintu dibuka seorang lelaki bukan Islam. Seorang daripada pelajar itu menghulurkan sebuah pek kepada lelaki tersebut dan menyatakan: “Ini hadiah Ramadan!”

Beginilah kisah kanak-kanak tadika Madrasah Perdaus ketika mengagih barangan seperti kurma dan madu sempena Projek Food Aid Ramadhan kepada jiran tetangga, tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut Pegawai Eksekutif Kanan (Strategi Organisasi, Pembangunan & Transformasi) Cik Khatim Hamidon, sejak 2011 lagi, Perdaus telah menabur bakti kepada lebih 10,000 keluarga dan individu yang memerlukan bagi menceriakan Ramadan dan Syawal mereka melalui Projek Food Aid ini.

Antara pendekatan baru tahun ini adalah mendekati jiran tetangga Madrasah Perdaus, sambil berpeluang memberi pengajaran kepada pelajar melalui keadaan kehidupan sebenar.

Projek Food Aid merupakan satu pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dalam kurikulum pendidikan agama mingguan di Perdaus. Pendekatan ini mampu meningkatkan kecekapan pelajar dalam program penglibatan masyarakat, serta memberi mereka kesedaran tentang nila-nilai murni yang ingin Perdaus tanamkan dalam peribadi pelajar semasa sibuk menjayakan projek ini.

Sempena Ramadan ini, Perdaus mengalu-alukan derma untuk kempen Projek Food Aid. Projek ini merupakan sebuah projek tahunan Perdaus yang melibatkan masyarakat yang layak menerima bantuan makanan dan barangan dapur.

Projek ini memerlukan sekitar $60,000 untuk dijayakan. Ini sempena ulang tahun ke-60 Perdaus, yang akan diraikan tahun ini, dengan Perdaus akan mengagihkan:

* 200 set baucar runcit bernilai $100 dan kuih-muih Raya untuk keluarga berpendapatan rendah dan benefisiari daripada Kelab Masyarakat Fengshan, Hong Kah North, Kampong Chai Chee, Masjid Omar Kampong Melaka dan Perdaus.

* 200 hamper barangan bernilai $50 setiap satu, diberikan kepada benefisiari dan keluarga serta waris masjid.

* 300 sajian disediakan untuk berbuka puasa kepada pekerja migran, dengan kerjasama masjid-masjid setempat.

* 200 makanan bungkus disediakan untuk pelajar dan relawan berbuka puasa bagi yang membantu dalam misi dan projek pengagihan ini.

* 50 pek makanan (dalam bungkusan beg) untuk penduduk di rumah warga tua.

* 500 bungkusan bubur Ramadan diagihkan kepada penduduk di kawasan Bukit Batok dan Bedok.

* 500 pek bungkusan Ramadan untuk penduduk di Bukit Batok dan Bedok.

* Lebihan dana daripada projek ini akan disalurkan pula kepada projek Food Aid pada masa hadapan, selepas Ramadan 2024.

Mudirah Madrasah Perdaus, Ustazah Farhana Abdul Hamid, berkata:

“Alhamdulillah, kempen Food Aid telah berlangsung sejak minggu lalu. Beberapa peringkat daripada kempen ini telah berjaya dilaksanakan.

“Pelajar kami yang merupakan juga relawan Perdaus, gigih serta teruja dalam menjayakan projek ini. Ia suatu pengalaman yang menarik bagi mereka terutama yang berusia sekecil lima tahun. Ini kerana ia merupakan satu pengalaman yang baru bagi mereka.

“Pendedahan begini yang ingin kami terapkan kepada pelajar di Perdaus agar penghayatan dalam pembelajaran di bilik darjah dapat dibuat secara praktikal di luar zon keselesaan. Pemahaman pada konsep memberi antara nilai yang baik dilentur terutama pada peringkat usia yang kecil sekali, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

“Kami telah mendekati orang awam di kawasan kejiranan pada bulan Ramadan. Pelajar peringkat tadika dan rendah kami mengedarkan pek ‘Selamat Datang Ramadhan’ kepada jiran tetangga yang berdekatan pusat Perdaus di Bedok dan Bukit Batok.”

Projek Ramadhan Perdaus seterusnya adalah pengagihan barangan runcit kepada keluarga berpendapatan rendah, dan berbuka puasa untuk pekerja migran.

Perdaus juga mengalu-alukan penduduk timur Singapura turut serta dalam pengambilan bubur Ramadan pada sesi kedua di pusat Perdaus Bedok pada Ahad, 7 April 2024, yang bermula 4 petang sehingga bekalan habis.

HULUR DERMA

Jenis derma:

1. Derma $100 untuk menyediakan baucar pasar raya bernilai $100 untuk keluarga berpendapatan rendah.

2. Derma $50 untuk menyediakan lima sajian makanan buka puasa bagi pekerja migran. 


3. Derma $10 untuk menyediakan dua pek bubur Ramadan untuk diagihkan kepada masyarakat.

Derma boleh dibuat melalui:

1. PayNow di S64SS0031JQRB (sila WhatsApp ke talian 8127-3729 untuk mendapatkan resit).

2. Layari swiy.co/ihya untuk menderma melalui dalam talian.

KEGIATAN RAMADAN

Untuk menunaikan zakat harta, sila ke http://swiy.io/pdszakat

Ikuti perkembangan kempen ‘Ihya Ramadhan’ di:

– fb.com/perdaus.org

– instagram.com/perdaussg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >