Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Tempahan pelanggan bantu tampung ‘hobi’ pertukangan kayu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan pelanggan bantu tampung ‘hobi’ pertukangan kayu

Feb 25, 2024 | 05:31 AM



Minat Encik Luqman Abdul Latiff dalam pertukangan kayu bermula sekitar tiga tahun lalu ketika beliau dalam proses mengubah suai flat barunya di Tampines.

Beliau terkejut mendapat tahu tentang harga tinggi bagi melakukan hiasan wainskot atau panel kayu di dinding yang diletakkan oleh kontraktor dan mula mencari cara membuat hiasan itu sendiri.


Bermula dengan membuat wainskot berpandukan video di YouTube, bapa empat anak itu kemudian belajar cara membuat hiasan dan perabot kayu lain seperti bangku dan meja.


Hari ini, Encik Luqman, 35 tahun, mempunyai syarikat hiasan dalamannya sendiri, Fifty Seven, yang antara lain menawarkan khidmat memasang wainskot dan pertukangan kayu mahoni.


Menurut Encik Luqman, beliau memang meminati kerja pertukangan sejak remaja dan masih ingat lagi bahawa mata pelajaran desain dan teknologi adalah yang paling digemarinya di sekolah dahulu.

Tetapi minat itu tidak dikembangkan hinggalah tiba masa beliau dan isteri mahu menghiasi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) mereka pada 2021.

“Saya dan isteri mahu menghiasi rumah kami seperti Hotel Raffles dan salah satu ciri penting yang diperlukan untuk mencapai suasana sedemikian ialah wainskot. Tetapi apabila kami diberitahu harga untuk melakukan wainskot di satu dinding ialah $5,000, kami terkejut dan mendapati ia terlalu tinggi bagi bajet kami.


“Tapi saya tetap mahukan hiasan itu, jadi saya ke YouTube dan mencari cara melakukan wainskot secara DIY. Saya yakin ia tidak susah dilakukan. Saya hanya perlu ambil ukuran, buat tanda, potong dan pasang kayu di dinding. Kemudian saya perlu letakkan silikon dan cat. Saya tidak rasa saya perlu belanjakan $5,000 untuk melakukannya,” kata Encik Luqman, yang juga seorang ejen hartanah.


Beliau membeli barang-barang yang diperlukan dan cuba membuat hanya satu kotak wainskot sebagai permulaan.


Berpuas hati dengan kerja tangannya, Encik Luqman meneruskan projek DIY-nya itu bagi tembok-tembok lain dalam flat empat biliknya.

“Akhirnya saya cuma membelanjakan dalam $70 untuk menghias satu dinding dengan wainskot,” katanya.


Encik Luqman, yang suka berkongsi minatnya berkaitan pertukangan kayu DIY di media sosial, kemudian mula mendapat tempahan membuat perabot kayu.

Beliau menghasilkan bangku untuk pelanggan pertamanya di dalam ‘bengkel’ yang merupakan ruang tamu flatnya.

“Apabila saya menerima tempahan, saya dapat meraih pendapatan untuk meneruskan hobi saya ini. Saya ada empat anak dan ada banyak komitmen kewangan. Jika saya mahu ada hobi, saya perlu pastikan ada orang yang ‘membiayainya’,” kata Encik Luqman yang belajar sendiri cara membuat perabot yang disambung menggunakan pasak.







Kini beliau mempunyai sembilan kakitangan yang membantunya memenuhi tempahan pelanggan di bengkel serta pejabat di Senang Crescent di Chai Chee.

Namun apa yang Encik Luqman tetap galakkan ialah bagi orang ramai cuba melakukan DIY agar dapat mengurangkan belanja.

“Di laman TikTok saya, saya tunjukkan cara melakukannya. Saya beri pautan ke tempat mendapatkan kayu dan kongsikan harganya.

“Saya mahu galakkan orang ramai cuba buat sendiri dan jimatkan wang. Tapi jika mereka tidak ada masa, atau tidak yakin boleh melakukannya, saya boleh lakukannya untuk mereka pada harga lebih rendah daripada yang ada di pasaran hari ini,” kata Encik Luqman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >