Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

UAE puji S’pura bantu mangsa perang di Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UAE puji S’pura bantu mangsa perang di Gaza

Mar 23, 2024 | 05:31 AM



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan telah bertemu rakan sejawatnya dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan, di mana kededua pemimpin berbincang mengenai usaha menambah saluran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Mereka juga menyemak inisiatif koridor maritim untuk menghantar bantuan ke Gaza, dan peranannya dalam mempertingkat sokongan kemanusiaan, menurut Kementerian Luar UAE dalam satu kenyataan.

Ini selain meneroka usaha antarabangsa untuk mencapai gencatan senjata berpanjangan selain memastikan keselamatan pihak awam.

Sheikh Abdullah turut menekankan komitmen UAE untuk bekerjasama dengan rakan serantau dan antarabangsa bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan yang mencukupi dengan selamat, mampan dan tanpa halangan kepada Gaza, memenuhi keperluan mereka dan mengurangkan penderitaan mereka.

Dr Balakrishnan dan Syed Abdullah bertemu di majlis makan malam di Abu Dhabi pada 20 Mac. Dr Balakrishnan berada di sana kerana sedang melakukan lawatan rasmi ke Timur Tengah.

Beliau juga bertemu Perdana Menteri Palestin, Dr Mohammad Shtayyeh dan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Nentanyahu, di mana beliau menyampaikan pandangan Singapura mengenai konflik Israel-Palestin di Gaza.

Konflik terkini itu bermula selepas kumpulan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, menyebabkan 1,200 terbunuh dan sekitar 240 orang diculik sebagai tebusan. Menyusuli itu, tindak balas Israel menyebabkan sekitar 32,000 terbunuh, menurut pegawai kesihatan Gaza.

Syed Abdullah memuji usaha Singapura dalam membantu Gaza dan kerjasama Singapura dengan pihak yang sewajarnya untuk mempertingkat sebarang sokongan kemanusiaan bagi warga Palestin.

Pada 20 Mac, Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah bekerjasama dengan Angkatan Bersenjata Jordan untuk menggugurkan pakej bantuan kemanusiaan pertama dari Singapura di kawasan konflik di Gaza.

Pakej bantuan kemanusiaan itu - yang merupakan pemberian bantuan ketiga Singapura ke Gaza sejak 7 Oktober merangkumi makanan, alat perubatan dan barangan keperluan lain.


Selain perbincangan mengenai Gaza, Dr Balakrishnan dan Sheikh Abdullah turut membincangkan kerjasama dua hala yang erat dan berkembang antara Singapura dan UAE serta rancangan mengembangkan sektor perdagangan dan pelaburan, antara lain.

Dr Balakrishnan bersama delegasi Singapura telah membuat lawatan ke kompleks silang agama, Rumah Keluarga Abrahamic pada 21 Mac, sebelum bertemu masyarakat Singapura yang menetap di Abu Dhabi dalam satu majlis berbuka puasa bersama. 

Lima anggota parlimen (AP) menyertai delegasi itu, iaitu AP Parti Tindakan Rakyat (PAP) Cik Nadia Ahmad Samdin, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, Encik Alex Yam dan Cik Rachel Ong serta AP Parti Pekerja (WP) Encik Gerald Giam.

Dr Balakrishnan dijangka singgah ke Kahirah, Mesir dan Riyadh, Arab Saudi selepas ke Abu Dhabi. Beliau memulakan lawatan ke Timur Tengah dengan melawat Qatar pada 15 Mac, sebelum ke Jordan.

Di Jordan, beliau telah menyaksikan persiapan untuk menggugurkan pakej bekalan kemanusiaan dari udara ke Gaza.


Pakej bantuan kemanusiaan dari Singapura itu merupakan pemberian ketiga bantuan Singapura kepada Gaza.


Pada 21 Mac, Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam catatan di Facebook mengumumkan bahawa satu lagi kiriman bantuan telah dihantar ke Gaza sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Singapura untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas akibat perang.


“SAF dan bukan pemerintah (NGO) bekerja tanpa jemu bersama ramai rakyat Singapura untuk menyatukan dan membungkus bekalan bantuan – kebanyakannya disumbangkan oleh rakyat Singapura merentasi semua lapisan masyarakat.


“Setiap bantuan kemanusiaan ini akan menyelamatkan nyawa dan membuat perubahan,” tambahnya. 


“Barang-barang yang dihantar termasuk catuan lapangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), makanan dalam tin halal yang sedia untuk dimakan, barangan kebersihan, dan bekalan perubatan,” kata Mindef.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >