Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Vivian berbuka puasa dengan pelajar Universiti Al Azhar di Mesir

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian berbuka puasa dengan pelajar Universiti Al Azhar di Mesir

Mar 24, 2024 | 05:51 PM



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan mengambil kesempatan bertemu para pelajar Singapura yang sedang melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Al-Azhar dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Hotel St Regis Cairo, di Kahirah, Mesir pada 22 Mac.

Para pelajar yang hadir telah berkongsi tentang perkembangan serta pengalaman mereka sebagai pelajar Singapura yang sedang menetap di luar negara.

Dr Balakrishnan turut berkongsi dengan seramai 50 pelajar yang hadir tentang usaha bantuan kemanusian yang dilakukan Singapura bagi membantu Gaza.

Turut menyertai acara berbuka puasa itu adalah, Anggota Parlimen (AP), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, Encik Alex Yam dan Cik Rachel Ong serta AP Parti Pekerja (WP) Encik Gerald Giam. 

Seorang pelajar tahun ketiga, Ijazah Bahagian Akidah & Falsafah, Encik Danniesh Asyraff Mosain, berkata sesi berbuka puasa bersama Dr Balakrishnan dan anggota parlimen yang hadir merupakan satu peluang untuk berkongsi pendapat dari para pelajar tentang beberapa isu berkenaan Gaza dan sebagainya.

“Kita juga dapat tahu akan perkara-perkara yang telah dilakukan oleh pemerintah Singapura untuk membantu mereka yang memerlukan di Gaza seperti menghantar bantuan kemanusian menerusi udara, dermaan wang, dan lain-lain lagi. 

“Ini dapat menunjukkan kepada kita bahawa di mana sahaja kita berada, kita juga boleh membantu dalam usaha ini,” kata pelajar berusia 22 tahun itu. 

Dr Balakrishnan berada di Mesir sebagai sebahagian daripada rangka lawatan rasmi dari 15 hingga 25 Mac ke rantau Timur Tengah.

Semasa berada di Kahirah, rombongan delegasi dari Singapura mengambil kesempatan mengunjungi Masjid Al-Azhar dan Gereja Tergantung, atau The Hanging Church. 

Dr Balakrishnan juga telah bertemu rakan sejawatannya, Menteri Ehwal Luar Mesir, Encik Sameh Shoukry di Ibu Kota Pentadbiran Baru Mesir, yang menempatkan ibu pejabat kerajaan negara itu pada 23 Mac, sebelum berangkat ke Riyadh, Arab Saudi, bagi menggulung lawatannya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >