Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Vivian hargai sokongan Mesir salur bantuan kemanusiaan S’pura ke Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian hargai sokongan Mesir salur bantuan kemanusiaan S’pura ke Gaza

Mar 24, 2024 | 10:16 AM



Singapura dan Mesir menekankan lagi hubungan dua hala mesra dan berpanjangan dua negara ini semasa perrtemuan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan rakan sejawatannya dari Mesir, Encik Sameh Shoukry, di Kaherah.   

Mesir adalah negara Arab pertama yang mengiktiraf Singapura sebagai sebuah negara merdeka, kata Dr Balakrishnan dalam satu hantaran di Facebook pada 23 Mac. 

“Kami membincangkan cara mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi memandangkan potensi besar Mesir,” kata beliau. 

Ketika pertemuan di Ibu Kota Pentadbiran Baru Mesir, yang menempatkan ibu pejabat pemerintah negara itu pada 23 Mac, Dr Balakrishnan dan Encik Sameh turut mengadakan perbincangan mendalam mengenai situasi di Gaza.

Dr Balakrishnan melahirkan penghargaan kepada pemerintah Mesir atas sokongan mereka dalam menghantarkan bantuan kemanusiaan Singapura ke Gaza.

Bantuan kemanusiaan itu, merangkumi ubat-ubatan, bekalan perubatan, selimut, barangan sanitasi, penapis air dan makanan, dibungkus dan dihantar ke Mesir menerusi pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) pada November 2023.

Singapura juga telah menghantar sebuah pasukan perubatan dua kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ke Mesir pada 18 Januari untuk menyokong operasi perubatan merawat mangsa peperangan di Gaza. 

Pasangan itu ialah Leftenan Kolonel (Dr) Nazirul Hannan Abdul Aziz, seorang pakar perubatan kecemasan, dan Pakar Tentera 3 (ME3) Jimmy Woo Ying Ming, seorang pakar perubatan tentera dengan pengkhususan jururawat bilik pembedahan dan kejururawatan. 

Mereka menyediakan bantuan perubatan bagi merawat mangsa Gaza di Pelabuhan El-Arish di Mesir, di atas kapal FS Dixmude, sebuah dok helikopter pendaratan Angkatan Bersenjata Perancis (FAF) yang mempunyai kemudahan hospital moden.


“Saya mengulangi sokongan Singapura bagi gencatan senjata kemanusiaan segera dan pembebasan serta-merta tanpa syarat semua tebusan.

“Bantuan kemanusiaan itu perlu dipertingkat melalui semua cara yang ada, terutamanya laluan darat.

“Singapura bersedia melakukan apa yang kami mampu dengan kerjasama rakan serantau memandangkan situasi kemanusiaan semakin teruk di Gaza,” tambah Dr Balakrishnan.

Dalam rangka lawatannya ke Timur Tengah, Dr Balakrishnan bertemu Perdana Menteri Palestin, Dr Mohammad Shtayyeh, dan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Nentanyahu, di mana beliau menyampaikan pandangan Singapura mengenai konflik Israel-Palestin di Gaza.

Dr Balakrishnan meluahkan keprihatinan mendalam Singapura berhubung situasi kemanusiaan yang teruk di Gaza semasa bertemu pemimpin Israel.

Beliau turut menyampaikan pandangan Singapura mengenai tindakan tentera Israel di Gaza yang melampaui batas. 

Ketika pertemuannya dengan pemimpin lain sepanjang lawatan itu, Dr Balakrishnan antara lain berbincang untuk meneroka usaha tambahan bagi menyokong Gaza.

Dr Balakrishnan memulakan lawatannya ke Timur Tengah di Qatar, sebelum ke Jordan, Palestin, Israel, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir, dan akan mengakhirinya di Riyadh, Arab Saudi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >