Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Vivian: S’pura sokong kebajikan, masa depan Palestin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian: S’pura sokong kebajikan, masa depan Palestin

Temu pemimpin Palestin di Tebing Barat; sampaikan keprihatinan mendalam terhadap keadaan mendesak di Gaza
Mar 19, 2024 | 10:11 AM



Singapura menyokong kebajikan serta masa depan rakyat Palestin, dan hal ini diakui pemimpin negara itu, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Malah, Dr Balakrishnan berkata Singapura konsisten dalam pendirian untuk membantu rakyat Palestin, khususnya dalam membangunkan perkhidmatan awam dan membina keupayaan mereka.

Beliau berkata demikian semasa bertemu media Singapura, sejurus selepas mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Perdana Menteri Palestin, Dr Mohammad Shtayyeh dan bakal Perdana Menteri baru mereka, Dr Mohammad Mustafa, di Ramallah pada 18 Mac.

Menurut Dr Balakrishnan, perbincangan dan pertukaran pandangan yang diadakan adalah terbuka dan pemimpin Palestin akur Singapura berpendirian konsisten mengenai dan menyokong penyelesaian dua negara bagi isu jangka panjang Israel-Palestin.

“Mereka mengadakan perbincangan secara terbuka, secara membina, walaupun pada hakikatnya mereka tahu kedudukan negara kita tidak akan sama.

“Dan saya amat menghargai keupayaan hubungan seperti ini – saling menghormati meski terdapat perbezaan. Tetapi saya masih berharap dan berdoa untuk keamanan dan pembangunan,” kata Dr Balakrishnan, yang berkata kepercayaan antara pemimpin Palestin dengan Singapura wujud bersandar hubungan yang dijalin sekian lama.

“Rakyat Palestin adalah orang yang sangat bijak, pintar, bekerja keras dan berbudi bahasa. Dan lebih banyak perkara lagi yang boleh mereka capai dan berhak untuk dicapai.

“Oleh itu, kita perlu terus mengekalkan komitmen jangka panjang untuk berdiri bersama mereka. Ia tidak bermakna kita perlu bersetuju dengan segala-galanya, namun yang penting adalah rasa hormat dan komitmen untuk saling menyokong. 

“Dan selagi itu berlaku, kita akan lihat bahawa hubungan ini akan terus menjadi lebih erat,” kata Dr Balakrishnan.

Dr Balakrishan sedang mengadakan lawatan ke Tebing Barat dalam bahagian kedua kunjungan ke Timur Tengah yang bermula di Amman, Jordan, di mana beliau menyerahkan bantuan kemanusiaan dari Singapura untuk mangsa konflik Israel-Palestin di Gaza.

Keadaan di Gaza kian mendesak dan dalam kenyataan berasingan, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata gencatan senjata kemanusiaan segera akan membolehkan penyampaian bantuan yang berkesan kepada orang awam yang terjejas di Gaza,

Di Tebing Barat, Dr Balakrishnan turut bertemu rakan sejawatannya, Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat, Dr Riad Al Malki dan Ketua Perkhidmatan Perisikan Am Palestin, Encik Majed Faraj.

Menurut Dr Balakrishnan, beliau telah menyampaikan keprihatinan mendalam Singapura berhubung situasi kemanusiaan yang kian meruncing di Gaza, semasa pertemuan itu,

Beliau turut berkongsi mengenai bantuan kemanusiaan Singapura ke Gaza, termasuk pakej bantuan kemanusiaan ketiga yang telah disampaikan melalui Jordan

Ini selain derma $6.1 juta oleh masyarakat di Singapura yang dikumpulkan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dan telah diserahkan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) untuk Pelarian Palestin pada 17 March. 

Dr Balakrishnan turut menekankan sokongan Singapura bagi penyelesaian dua negara yang sedang dirundingkan selaras dengan ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.

Pada masa yang sama, Dr Balakrishnan meluahkan harapan Singapura agar Israel dan Palestin dapat terus berunding sambil mengiktirafnya sebagai satu-satunya jalan yang berdaya maju untuk mencapai keamanan yang menyeluruh, saksama dan berkekalan.

Dr Balakrishnan diiringi rombongan lima Angota Parlimen (AP) dalam kunjungan ke Tebing Barat itu, termasuk Cik Nadia Ahmad Samdin, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, Encik Alex Yam dan Cik Rachel Ong serta AP Parti Pekerja (WP) Encik Gerald Giam.

Dr Balakrishnan berkata: “Ia merupakan satu lawatan yang baik. Peluang untuk menjalin semula ikatan, peluang meluahkan rasa simpati dan peluang mencerminkan perasaan belas ihsan rakyat Singapura terhadap rakyat Palestin.

“Ia juga peluang untuk terus memandang ke hadapan, ketika keamanan dapat dicapai dan mereka boleh memberi tumpuan kepada pembangunan yang mereka benar-benar perlukan. 

“Sebagai seorang yang telah ke Ramallah beberapa kali sebelum ini, anda boleh lihat apa yang mereka alami di sini sangat mencabar. Namun di sebalik cabaran ini, terdapat kemajuan dan ada azam di tempat ini,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >