Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Vivian: Tindakan tentera Israel di Gaza melampaui batas, gencatan kemanusiaan perlu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian: Tindakan tentera Israel di Gaza melampaui batas, gencatan kemanusiaan perlu

 S’pura rancang pakej bantuan ketiga untuk mangsa konflik di Gaza
Feb 29, 2024 | 09:04 PM



Meskipun Singapura mengiktiraf hak Israel mempertahankan diri selepas serangan 7 Oktober, respons ketenteraannya di Gaza sudah melampaui batas, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan pada 29 Februari. 

Tindakan itu sekali gus mewujudkan situasi runcing yang memerlukan gencatan senjata kemanusiaan segera bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihulurkan kepada mereka yang terjejas, tambahnya. 

Berucap di Parlimen, Dr Balakrishnan juga mengumumkan bahawa Singapura akan menyumbang bantuan ketiga kepada Palestin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab beberapa soalan yang dikemukakan Anggota Parlimen (AP) berhubung konflik Israel-Hamas semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya.

Dr Balakrishnan berkata konflik Israel-Hamas yang berterusan telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang “mengerikan” dengan jumlah besar “orang awam yang tidak bersalah terkorban atau cedera”.

​“Kami terpaksa mengecam serangan Hamas terhadap orang awam Israel dan penculikan tebusan pada 7 Oktober,” kata Dr Balakrishnan sambil menegaskan bahawa ini adalah tindakan pengganasan yang dilakukan secara terang-terangan dan sesuatu yang dikeji. 

“Pengganasan menimbulkan ancaman yang jelas kepada Singapura. Menghiraukan tindakan pengganasan sekarang akan membahayakan Singapura pada masa hadapan,” tegas beliau.

Selepas serangan Hamas, Dr Balakrishnan berkata Singapura mengiktiraf hak Israel mempertahankan diri, bukan kerana ia menyebelahi Israel, tetapi oleh kerana Singapura akan menggunakan hak yang sama sekiranya ia menghadapi situasi yang sama.

Singapura secara konsisten menegaskan bahawa Israel harus mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, tambahnya.

“Malangnya, tindak balas tentera Israel melampaui batas,” tegas beliau.

Berkongsi sentimen yang sama, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, ketika membentangkan ucapannya dalam bahasa Melayu, berkata Singapura telah menyatakan dengan jelas pendiriannya terhadap konflik ini.

Ini termasuk undian bagi menyokong dua resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Oktober dan Disember 2023 yang mengutuk serangan terhadap orang awam dan menuntut agar semua pihak mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Singapura juga menyokong tuntutan gencatan senjata kemanusiaan segera, supaya bantuan dapat diberikan secara berkesan kepada semua orang awam yang terjejas, tambah Dr Maliki.

“Pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Kumpulan 20 (G20) baru-baru ini di Brazil, saya menegaskan pendirian tegas negara kita sekali lagi.

“Israel perlu bertindak melindungi keselamatan orang awam yang dipindahkan. Pada masa yang sama, Hamas mesti membebaskan semua tebusan awam tanpa syarat dan selamat,” ujarnya. ​

Sebagai menjawab pertanyaan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) tentang sumbangan Singapura terhadap menyelesaikan situasi kemanusiaan di Gaza, Dr Balakrishnan berkata bahawa Singapura akan menghantar bekalan bantuan ketiga ke Palestin. 

Bantuan ini akan ditadbir melalui Jordan dan ia menyusuli bantuan yang telah dihulurkan sebelum ini yang disumbangkan oleh pertubuhan bukan pemerintah (NGO) dan pemerintah Singapura.

Dr Balakrishnan berkata Singapura dan rakyatnya telah menyumbang dengan murah hati kepada bantuan kemanusiaan di sana.

“NGO Singapura dan pemerintah telah mengumpul lebih $10 juta bagi operasi bantuan kemanusiaan di Gaza, setakat ini. Saya yakin lebih banyak bantuan akan menyusul kelak.

“Hubungan kukuh kami dengan rakan-rakan di Timur Tengah telah membolehkan kami bekerjasama dengan mereka bagi menghulurkan bantuan ini,” katanya.

Sebagai tambahan kepada bekalan bantuan ketiga, Dr Balakrishnan berkata Singapura akan meneruskan sokongan terhadap usaha Penguasa Palestin dalam membina keupayaanya melalui Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) bernilai $10 juta.

Di samping itu, beliau turut menekankan bahawa Singapura akan mengekalkan hubungan baik dengan Penguasa Palestin, menerusi pejabat perwakilan yang ditubuhkan di Ramallah pada 2022.

“Kami lakukan semua ini kerana kami menantikan hari apabila adanya keamanan, dan juga adanya sebuah negara Palestin yang berfungsi, berkebolehan, dan juga melihat rakyat Palestin mendapat keamanan dan kemajuan yang mereka berhak nikmati,” katanya lagi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >