Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Abramovich alami simptom keracunan semasa hadiri rundingan damai

Mar 30, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Jutawan warga Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea FC mengalami simptom keracunan kimia semasa menghadiri rundingan damai di sempadan Ukraine-Belarus awal bulan ini, kata sumber yang dekat dengan beliau.



Abramovich, yang difahami kini telah pulih, dilaporkan mengalami sakti mata dan kulit tersiat.



Dua perunding damai dari Ukraine juga dilaporkan terjejas.



Sumber memberitahu BBC dalang yang meracun Abramovich dan dua perunding Ukraine itu adalah kumpulan fanatik di Russia yang ingin memporak-perandakan perundingan damai.



Namun, sejurus selepas dakwaan itu timbul, seorang pegawai Amerika Syarikat yang tidak dinamakan, memberitahu Reuters maklumat risikan mencadangkan simptom yang dialami lelaki-lelaki itu disebabkan faktor sekitaran dan bukan keracunan.



Malah, seorang pegawai dari pejabat presiden Ukraine, Ihor Zhovkva, memberitahu BBC anggota rombongan Ukraine itu berada dalam keadaan sihat dan dakwaan itu adalah palsu. Beliau akur belum bercakap dengan Abramovich.



Bagaimanapun, koresponden keselamatan BBC Frank Gardner berkata adalah tidak menghairankan jika Amerika ingin mengurangkan cadangan sebarang pihak, terutama Russia, menggunakan senjata kimia, kerana ini boleh mendesak mereka memberikan tindak balas yang tidak diingini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >