Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bakat muda Britain yakin ‘dapat langkah jauh dalam tenis’ walau tersingkir

Sep 05, 2023 | 12:37 PM



NEW YORK: Warga Britain, Jack Draper, percaya beliau boleh “berjaya dalam sukan ini” selepas percubaannya yang memberangsangkan di Terbuka Amerika Syarikat, namun perjalanannya berakhir pada pusingan 16 pemain terakhir.


Usaha Draper ke suku akhir Grand Slam berakhir dengan kekalahan 6-3, 3-6, 6-3, 6-4 kepada bintang Russia, Andrey Rublev.

“Bukan kebolehan tenis saya yang menahan saya, tetapi soal kekuatan fizikal untuk kekal di gelanggang secara konsisten,” kata Draper.

“Sebaik sahaja saya memperbaiki diri saya, saya rasa saya akan membuktikan diri sendiri bahawa saya berpotensi menjadi salah seorang pemain tenis terbaik dunia,” tambah beliau.

Draper, yang diragui akan terlepas kejohanan utama terakhir tahun ini akibat kecederaan bahu, merupakan pemain Britain terakhir yang bersaing dalam acara perseorangan.

Mencapai peringkat 16 pemain terakhir merupakan persembahan terbaik Draper di Grand Slam dalam kerjayanya dan memberi beliau keyakinan menjelang musim depan.

“Kebolehan tenis saya wujud. Saya jarang bermain beberapa bulan lalu namun saya masih berjaya ke pusingan keempat dan bersaing dengan salah seorang daripada senarai 10 pemain terbaik,” kata beliau.

“Jika saya dapat terus menunjukkan peningkatan dan terus bersaing dan berlatih, saya rasa saya boleh berjuang sepenuhnya dalam sukan ini,” tambah beliau.

Kedudukan Draper merosot selepas beliau terlepas hampir tiga bulan musim ini, termasuk Wimbledon, akibat kecederaan pada bahu kirinya.

Namun, pemain kidal itu, yang mencapai kedudukan tertinggi kerjayanya (tempat ke-38) pada awal tahun ini, akan kembali dalam senarai 100 pemain teratas dunia.

Setelah mengatasi rasa perit tersingkir daripada Grand Slam, Draper akan merenung kembali, berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkannya ini.

Dengan servis yang deras serta pukulan-pukulan yang kencang sebagai senjata terbesarnya, kebolehan pemain kidal itu tidak diragukan.

Mengekalkan kecergasan merupakan masalah terbesarnya. Beliau tiba di Terbuka Amerika dengan apa yang disifatkannya sebagai “peluang 70-30” untuk bermain setelah mengalami satu lagi kecederaan bahu.

Kecederaan itu, yang dialami di Terbuka Winston-Salem bulan lalu, merupakan kecederaan yang berbeza daripada kecederaan yang memaksanya berehat selama tiga bulan sebelum ini.

Namun, beliau menunjukkan keupayaannya di New York untuk memenangi tiga pertarungan awalnya dan berjuang hebat sebelum dijinakkan Rublev yang kelihatan tidak kenal erti penat sepanjang beraksi di gelanggang Stadium Louis Armstrong.

Draper mengakui beliau amat letih semasa menentang Rublev dan telah memberikan segalanya dari segi mental dan fizikal.


Hanya bermain dua perlawanan sejak kecederaan di bahu pada Mei, ia mungkin tidak mengejutkan beliau pudar secara fizikal selepas ketinggalan satu set.


Rublev berkongsi bahawa beliau berjaya mengatasi Draper secara fizikal kerana beliau tahu Draper baru pulih daripada kecederaan.

Rublev, 25 tahun, seterusnya akan menentang rakan senegara, Daniil Medvedev, ataupun pemain Australia, Alex de Minaur. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >