Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Bapa Ake meninggal dunia

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pemain pertahanan Manchester City Nathan Ake telah mendedahkan bapanya meninggal dunia sejurus beliau menjaringkan gol pertama bagi kelabnya dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu lalu.



Ake, 26 tahun menanduk masuk bola pada minit ke-16. Gol itu membuka laluan bagi City menang besar 6-3 ke atas RB Leipzig di Stadium Etihad.



Menulis di media sosial semalam, Ake berkata bapanya Moise meninggal dunia pada hari perlawanan itu.



"Saya tahu anda sentiasa bersama saya dan anda juga sentiasa dalam ingatan saya. Gol ini adalah untuk anda," kata beliau, menulis di Instagram.



"Bapa saya mengalami penyakit terus dan tiada rawatan yang boleh mengubatinya. Keadaan beliau genting sejak beberapa minggu lalu.



"Semalam, saya juga mengharungi masa yang sukar. Saya menjaringkan gol pertama dalam Liga Juara-Juara, tetapi hanya beberapa minit kemudian, bapa saya meninggal dunia dengan ibu da adik lelaki saya di sisinya," kata Ake.



"Mungkin inilah takdir... melihat saya bermain bola menjadikannya amat gembira."



Ake, yang memulakan kerjaya di Chelsea telah tampil 16 kali dalam jersi Manchester City sejak menyertai kelab itu dari Bournemouth dengan harga £40 juta ($74 juta) tahun lalu.



Beliau juga telah mewakili negaranya Belanda sebanyak 22 kali sejak 2017. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >