Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas penolong jurulatih Jepun Tsutomu Ogura sahut cabaran kendali pasukan Singa

Feb 01, 2024 | 08:42 PM



Lima ‘K’ bakal melanda bola sepak Singapura ketika Tsutomu Ogura mengutamakan komunikasi, keyakinan, keberanian, kepentingan mengubah mentaliti dan kemenangan, selepas beliau diumumkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebagai pengarah pasukan nasional ‘A’ dan Bawah 22 Tahun (U22) baru Singapura pada 1 Februari.

Ogura, 57 tahun, menjadi jurulatih Jepun ketiga berturut-turut mengendalikan pasukan Singa.

Beliau menandatangani kontrak selama dua tahun, menggantikan Takayuki Nishigaya, yang dipecat FAS pada 29 Januari.

Pendahulu Nishigaya, Tatsuma Yoshida, melepaskan jawatan itu pada Disember 2021.

Di samping memimpin skuad senior negara, Ogura juga ditugaskan mengawasi persembahan pasukan U22/23 dan jurulatihnya.

Langkah tersebut selaras dengan usul Reviu Bola Sepak Pasca-Sukan SEA 2023 pada Julai 2023, iaitu semakan yang dijalankan FAS berikutan prestasi hambar skuad dalam temasya Sukan Kemboja pada Mei 2023.

Ogura, yang mengendalikan sidang media pelantikannya di Stadium Jalan Besar pada 1 Februari dalam bahasa Inggeris tanpa bantuan penterjemah, berkata: 

“Saya datang ke Singapura kerana ia adalah cabaran besar untuk saya. Ia adalah satu pengembaraan untuk kerjaya saya.

“Saya telah menonton Singapura bermain menentang Korea Selatan dan Thailand. Mulai hari ini, saya ingin memerhatikan pemain.

“Saya mengenali kededua jurulatih sebelum ini dengan baik. Tidak mengapa jika saya warga Jepun ketiga. Bagi saya, apa yang penting adalah masa depan.”

Berasal dari Osaka, Ogura memulakan kerjaya jurulatihnya pada 1989, dengan pelantikan terakhir sebagai penolong jurulatih di Tokyo Verdy, yang dinaikkan ke liga tahap teratas Jepun, Liga J1, musim lalu.

Beliau merupakan bekas penolong jurulatih pasukan nasional Jepun selama empat tahun, di bawah Ivica Osim (2006-2007) dan Takeshi Okada (2008-2010).

Jepun layak ke pusingan kalah mati dalam Piala Dunia 2010.

Beliau kemudian dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan Olimpik Jepun dari 2010 hingga 2012, yang menyaksikan mereka berjaya mara ke separuh akhir di London.

Kelayakan Ogura juga termasuk berkhidmat sebagai pengarah sukan Yokohama F. Marinos dari 2018-2021, yang menyaksikan ketua jurulatih Tottenham Hotspur semasa, Ange Postecoglou, membimbing kelab itu merangkul kejuaraan Liga J pertama mereka dalam tempoh 15 tahun pada 2019.

Namun tidak semua laluan kerjaya Ogura baik-baik sahaja. Ketika menjadi ketua jurulatih Omiya Ardija pada 2013, pasukannya tewas 10 kali dan menang hanya tiga kali dalam 13 perlawanan.

Berbanding Nishigaya dan Yoshida, Ogura mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, selain Jepun dan Jerman, iaitu kebolehan yang beliau anggap penting.

“Komunikasi secara langsung antara pemain dengan jurulatih adalah penting.

“Saya akan cuba bercakap dalam bahasa Inggeris (walaupun tidak bagus) kerana ia menunjukkan sikap seseorang. Apabila pemain nampak kita cuba, mereka juga akan mencabar diri dan mencuba sebaiknya,” kata beliau.

“Peminat bola sepak menjangkakan kemenangan – saya berjanji untuk berjuang, menunjukkannya di atas padang dan bahawa pemain akan memaparkan semangat juang dan keberanian.

“Saya mahu pasukan membawa lebih ramai peminat menonton perlawanan mereka,” tambahnya.

Presiden FAS, Bernard Tan, menyifatkan Ogura sebagai seorang jurulatih yang “memiliki minda bola sepak”.

“Ogura mempunyai kerjaya yang pelbagai dalam bola sepak, yang tidak dinafikan berguna bukan hanya membantu memperbaiki pasukan nasional senior, malah seluruh ekosistem bola sepak.

“Beliau mungkin tidak dikenali oleh peminat setempat berbanding calon lain yang pernah kami temu bual, tetapi saya yakin beliau tidak lama lagi akan menawan hati kedua-dua pemain dan peminat, serta rangkaian luas bola sepak,” jelasnya.

Ogura juga menyatakan hasrat bekerjasama dengan jurulatih tempatan.

Setiausaha agung FAS, Yazeen Buhari, mendedahkan bahawa tiada perubahan ketara pada kakitangan jurulatih pasukan Singa, kecuali penolong jurulatih, Koichiro Iizuka, yang telah meninggalkan skuad.

Skuad Singa dijadualkan berdepan China dalam perlawanan berturut-turut kelayakan Piala Dunia pada 21 dan 26 Mac. Aksi pertama akan berlangsung di Singapura.

Ini sebelum pasukan Singa menentang Korea Selatan di tanah air pada 6 Jun dan kemudian membuat perjalanan ke Thailand pada 11 Jun.

Edisi seterusnya Kejohanan AFF dijangka berlangsung dari lewat November hingga Disember dalam format yang bermain di laman sendiri dan lawan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >