Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Carlos Alcaraz maju ke pusingan seterusnya

Sep 01, 2023 | 11:24 AM



NEW YORK: Pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz, terus mempertahankan rentak kemenangannya apabila berjaya menundukkan pemain Afrika, Lloyd Harris dalam Terbuka Amerika.


Alcaraz, 20 tahun terpaksa berhempas-pulas dalam set ketiga sebelum menang 6-3 6-1 7-6 (7-4) di New York.

Alcaraz akan bertemu pemain Britain Dan Evans, dalam pusingan ketiga pada Sabtu.

Beberapa pukulan menarik daripada pemain nombor satu dunia itu membuat penonton terpukau dan terus memberi sokongan kepadanya.

Ini meskipun Alcaraz membuat 29 kesilapan dan menunjukkan kurangnya tumpuan sepanjang perlawanan.

Namun biarpun tidak menunjukkan permainan terbaiknya, Alcaraz masih mempunyai bakat sebagai pemain handalan dunia dan akhirnya menundukkan Harris yang merupakan pemain asal Afrika Selatan dan berada dalam kedudukan ke-177 dunia.

Sudah pasti Alcaraz perlu terus berada pada tahap terbaik sepanjang pertandingan ini.

Apatah lagi pesaing utamanya, Novak Djokovic, sedang berusaha memburu kejuaraan Grand Slam ke-24 beliau dan akan berusaha ‘membalas dendam’ di atas kekalahannya kepada pemain Sepanyol itu semasa pertandingan Wimbledon.

Dalam dua keputusan menjelang pertandingan kali ini – mencapai peringkat suku akhir dalam Terbuka Canada dan tewas kepada Djokovic dalam final Terbuka Cincinatti – persembahan beliau agak hambar dengan tujuh daripada lapan perlawanannya memerlukan tiga set untuk menang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >