Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

City didakwa langgar lebih 100 aturan kewangan

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Manchester City menghadapi potongan mata, malah dibuang daripada Liga Perdana England (EPL), setelah juara bertahan itu didakwa melakukan 100 pelanggaran peraturan kewangan kelmarin.



City telah dirujuk kepada sebuah suruhanjaya bebas oleh EPL berhubung dakwaan pelanggaran peraturan antara 2009-10 dan 2017-18.



Kelab terkaya di dunia itu berkata mereka terkejut dengan dakwaan tersebut dan menegaskan ada bukti yang "tidak dapat disangkal" bagi menyokong hujah mereka.



Pada Februari 2020 City dilarang menyertai pertandingan Kesatuan Persatuan Bolasepak Eropah (Uefa) selama dua tahun kerana "pelanggaran peraturan kewangan adil (FFP), yang serius", tetapi larangan itu ditarik balik oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada tahun sama selepas City berjaya dalam rayuannya.



Dalam satu kenyataan, EPL berkata pelanggaran yang disyaki berkaitan pelaporan maklumat kewangan tepat, penyerahan butiran gaji pengurus dan pemain, tanggungjawab kelab mematuhi peraturan FFP Uefa serta peraturan keuntungan dan kemampanan Liga Perdana.



City juga disyaki melanggar peraturan yang mewajibkan mereka bekerjasama dan membantu dalam siasatan Liga Perdana.



Peraturan Liga Perdana W.51 meliputi kuasa sekatan yang ada. Ini merangkumi teguran, pemotongan mata hingga usul kepada liga supaya membuang sesebuah kelab daripada sesuatu pertandingan.



Suruhanjaya itu mempunyai kuasa mengenakan sekatan sedemikian bergantung pada syarat sesuatu tindakan yang ditetapkan diambil dalam tempoh yang ditetapkan, dan responden mempunyai hak untuk membuat rayuan.



Dalam satu kenyataan, City berkata mereka amat "terkejut dengan dakwaan pelanggaran peraturan Liga Perdana ini, terutamanya memandangkan pelibatan meluas dan pelbagai maklumat terperinci telah disediakan kepada EPL".



Liga Perdana berkata maklumat kewangan tepat yang diperlukan berkaitan "pendapatan (termasuk pendapatan tajaan), pihak berkaitan dengannya dan kos operasinya".



Set pelanggaran kedua merujuk kepada dakwaan melanggar peraturan yang "memerlukan kelab anggota menyertakan butiran penuh ganjaran pengurus dalam kontrak relevan bersama pengurusnya".



Pelanggaran itu bagi musim 2009-10 hingga 2012-13. Pengurus City antara Disember 2009 dan Mei 2013 ialah jurulatih semasa pasukan kebangsaan Italy, Roberto Mancini.



Dakwaan set pelanggaran ini juga merujuk kepada keperluan bagi kelab menyertakan butiran penuh ganjaran pemain bagi musim 2010-11 hingga 2015-16.



Set pelanggaran ketiga ialah berkaitan dakwaan pelanggaran peraturan Liga Perdana yang memerlukan kelab mematuhi peraturan FFP Uefa, manakala set pelanggaran keempat adalah dakwaan pelanggaran berkaitan peraturan keuntungan dan kemampanan Liga Perdana. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >