Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua muka baru dalam skuad sepak takraw

Oct 01, 2023 | 05:30 AM



Dua muka baru telah diperkenalkan dalam pasukan nasional lelaki sepak takraw untuk menyuntik kesegaran dan meningkatkan peluang kejayaan Singapura dalam Sukan Asia Hangzhou.

Umar Mohtar, 29 tahun, kembali disertakan dalam skuad negara selepas lapan tahun, manakala ‘bayi’ dalam pasukan, Yusof Hasli, 20 tahun, bakal berasakan persekitaran beraksi dalam temasya sukan utama buat julung kalinya.

Kedua-dua pemain dari kelab Police SA itu adalah sebahagian daripada skuad seramai enam pemain di bawah kendalian jurulatih Padzli Othman untuk temasya sukan Hangzhou di China yang bermula 23 September hingga 8 Oktober.

Mereka akan bertanding dalam dua acara – regu dan kuadran – mulai Ahad.

Umar adalah anggota skuad dalam Sukan SEA 2015 Singapura, yang juga penampilan temasya sukan terakhirnya.

Beliau berkata: “Ia adalah satu perasaan yang menggembirakan apabila dapat kembali dalam pasukan nasional. Tetapi, ia juga mencabar dari segi mengimbangi jadual latihan kerana saya kini bekerja, sudah berkahwin dan ada dua anak berusia sembilan bulan dan dua tahun.”

Keadaaan itu menyebabkan beliau kadangkala tidak cukup tidur sebelum kerja syif malam.

“Harap semua ini berbaloi nanti,” kata pegawai imigresen di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) itu.

Ketika ditanya pengajaran yang diraih daripada Sukan SEA 2015 yang boleh dibawa ke Hangzhou, pemain apit kanan itu berkata: “Hubungan erat antara pemain pada 2015 sangat bagus. Itu yang membuat kami kuat dan wujudnya mentaliti untuk menang.”

Pemain skuad negara baru-baru ini menjalani kem latihan selama 13 hari sejak 15 September, yang memerlukan mereka tinggal bersama, dan telah ke Indonesia untuk bertanding dalam perlawanan persahabatan.

Jika pengorbanan menggambarkan kempen Sukan Asia bagi Umar, Yusof pula mahu meneruskan legasi keluarganya. 

Yusof, yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara, berkata: “Saya mula bermain sepak takraw kerana arwah datuk saya ialah Zainal Thambi. Beliau sering beritahu saya bahawa beliau bersaing di luar negara, jadi saya mahu mengikuti jejak langkahnya.”

Pemain apit kiri itu meletak sasaran membawa pulang cenderahati dari Hangzhou kelak.

“Sukan Asia adalah kejohanan yang besar untuk kami… Kami menyasarkan sebutir pingat kerana kemenangan pingat itu dapat memberi kami ganjaran wang,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >