Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gauff warga Amerika termuda mara ke separuh akhir tenis Terbuka AS

Sep 06, 2023 | 11:44 AM



NEW YORK: Pemain remaja Amerika Syarikat, Coco Gauff mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat buat kali pertama selepas menewaskan Jelena Ostapenko dari Latvia.


Gauff, yang merupakan warga Amerika termuda mara ke separuh akhir Terbuka AS sejak Serena Williams pada 2001, berkata pengalaman itu menjadikannya kini segar dari segi fizikal dan emosi.

Satu kemenangan lagi akan meletak Gauff di peringkat akhir perseorangan utama kedua dalam kerjayanya, sama seperti di Terbuka Perancis 2022, di mana beliau ditewaskan oleh pemain Poland Iga Swiatek. 

Terdapat aura berbeza tentang Gauff setelah beliau memenangi dua gelaran terbesar, iaitu Jelajah WTA di Washington dan Cincinnati. 

Sejak tersingkir dalam pusingan pertama di Wimbledon, Gauff telah meningkatkan prestasinya dengan bantuan jurulatih baru Pere Riba dan perundingnya Brad Gilbert. 

Remaja itu memenangi 16 daripada 17 perlawanan sejak tewas di Wimbledon pada awal Julai. 

Gauff berterima kasih kepada Gilbert kerana membantu beliau dalam persembahannya.

“Saya fikir untuk menang anda perlu amat serius dan fokus, tetapi walaupun itu benar, anda juga masih perlu berseronok,” kata Gauff.

Selepas kemenangan ke atas Ostapenko, Gauff bangga beliau berjaya melalui apa yang disifatkannya sebagai “salah satu urutan perlawanan yang amat sukar” yang dihadapi di Flushing Meadows. 

Hanya selepas sembilan minit dalam perlawanan pembukaan pada Selasa di Stadium Arthur Ashe itu, Gauff mendahului 3-0.

Ostapenko, yang menumbangkan pemain nombor satu dunia Swiatek dalam pusingan 16 terakhir, membuat 10 kesilapan sendiri dalam perlawanan tersebut. 

Beliau cuba bangkit dan menentang Gauff, tetapi Gauff mendapatkan semula rentak kawalan perlawanan. 

Selepas kekalahan itu, Ostapenko, 26 tahun, mengadu tentang penjadualan perlawanan, yang bermula pada 12 tengah hari waktu tempatan pada Selasa. 

Kemenangannya ke atas Swiatek habis sebelum tengah malam pada Ahad dan Ostapenko berkata beliau diberitahu bahawa beliau boleh menjangka permulaan lewat menentang Gauff. 

Penganjur Terbuka AS menafikan kenyataan itu. 

“Apabila jadual keluar, saya melihat saya bermain perlawanan pertama, saya berasa jadualnya pelik,” kata Ostapenko.

Pemain Laetvia itu berkata beliau sukar pulih daripada perlawanan menentang Swiatek kerana dapat tidur hanya pada 5 pagi dek keghairahan selepas kemenangan.

Gauff akan berdepan naib juara Terbuka Perancis Karolina Muchova untuk merebut tempat ke peringkat akhir. – Agensi berita. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >