Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Gol tunggal tak disangka jadikan Sekolah Perempuan Crescent juara hoki Divisyen C

Aug 18, 2023 | 04:22 PM



Pemain midfield kanan Sugawara Naomi Anne tidak dikenali sebagai penjaring gol kerana posisinya di padang.

Namun kelebihannya menyempurnakan peluang daripada pukulan sudut penalti ternyata membantu Sekolah Perempuan Crescent menggondol kejuaraan hoki perempuan Divisyen C Sukan Sekolah Nasional.

Pada Khamis, Naomi, yang berusia 14 tahun, muncul sebagai wirawati pasukannya, apabila beliau menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas dalam perlawanan di Stadium Hoki Sengkang itu, lapor The Straits Times.


Ia kejuaraan kelima mereka sejak 2016.

Naomi juga bermain dengan baik dan menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan separuh akhir pasukannya menentang CHIJ St Theresa’s Convent sebelum itu.

Ia gol pertamanya dalam pertandingan itu.

“Dengan tinggal hanya lima minit, kami benar-benar ingin menjaringkan gol agar tidak ke peringkat pukulan penalti, jadi perasaan saya tidak boleh terkata selepas saya menjaringkan gol itu,” kata Naomi dengan gembira.

Selepas separuh masa pertama, Crescent meningkatkan tekanan dan kesungguhan mereka membuahkan hasil apabila mereka diberi pukulan sudut penalti.

Pukulan Faith Ong terpesong ke arah Naomi.

Apabila percubaan Naomi melepasi garisan gawang, penyokong Crescent terus bersorak.

Kapten pasukan mereka, Shetty Sia, berkata ia benar-benar membuat mereka berpuas hati kerana usaha mereka membuahkan hasil.

Mereka tidak berputus asa dan tetap percaya bahawa mereka akan menjaringkan gol.

Guru pasukan itu, Nadrah Sadali, berkata semangat juang pasukannya dapat dilihat sepanjang pertandingan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >