Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Guardiola kecewa walau City kalahkan Red Star 3-1

Alvarez jaringkan dua gol untuk jamin kemenangan walau pasukan ketinggalan
Sep 20, 2023 | 07:59 PM



MANCHESTER: Dua jaringan Alvarez menyelamatkan Manchester City apabila juara bertahan Liga Juara-Juara itu memulakan persaingan musim ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Red Star Belgrade pada 19 September.


Ini meskipun pasukan Red Star mendahului City dalam perlawanan di Stadium Etihad itu.

Gawang Red Star diserang bertubi-tubi tetapi mereka berjaya mengejutkan pasukan bimbingan Pep Guardiola apabila Osman Bukar membuat jaringan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Namun, Alvarez meneruskan prestasi cemerlangnya pada awal musim dengan menyamakan kedudukan hanya dua minit selepas masa rehat.

Beliau kemudian memanfaatkan kesilapan penjaga gawang Red Star, Omri Glazer, yang hanya berjaya menepiskan tendangan percumanya ke dalam gawang.

Rodri melengkapkan kemenangan City dengan menjaringkan gol 17 minit sebelum perlawanan tamat.

“Jika kami menjaringkan dua gol pada awalnya, ia pasti berbeza,” kata Guardiola, yang kecewa dengan kebolehan pasukannya kerana mensia-siakan banyak peluang pada separuh masa pertama.

“Mempunyai banyak percubaan ke arah gawang lawan bermakna anda bermain dengan amat baik. Ia menjadi tanggungjawab penyerang untuk memanfaatkan peluang itu,” tambah beliau.

Red Star sudah dijangka tewas kerana City bak menyamai kejayaan ‘treble’ mereka musim lalu dengan permulaan sempurna lima perlawanan dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Namun, juara Inggeris itu merumitkan keadaan sendiri, manakala Glazer menyelamatkan gawangnya untuk Red Star sebelum rehat.

Erling Haaland kini gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan Liga Juara-Juara secara berturut dan kecewa dengan dirinya selepas tandukannya dari jarak dekat terkena palang gol.

Phil Foden pula menanduk bola terus ke arah Glazer.

Pasukan City yang menghadapi masalah kecederaan hanya menamakan lapan daripada 12 pemain gantian yang dibenarkan, dengan dua daripada mereka adalah penjaga gawang.

Bernardo Silva terpaksa digantikan sebelum separuh masa pertama akibat satu lagi masalah kecederaan untuk Guardiola.

Red Star banyak bermain dalam kawasan mereka sendiri selama 45 minit, namun City dikejutkan apabila Bukari melepasi pertahanan City dan menjaringkan gol dengan yakin.

Kegembiraan warga Ghana itu dihalang buat sementara waktu akibat bendera ofsaid tetapi semakan penolong pengadil menggunakan video (VAR) mengesahkan beliau dalam kedudukan ofsaid kerana Ruben Dias.

City turut berusaha selepas waktu rehat untuk memastikan hanya itu satu-satunya kejutan malam itu.

Haaland mungkin tidak menemui sasaran di hadapan gol, tetapi hantaran bijak pemain Norway itu membantu Alvarez melepasi Glazer untuk gol penyamaan.

“Kami melepaskan gol awal (pada separuh masa kedua) dan selepas itu sukar untuk mengekalkan rentak permainan kerana kami tidak pernah bermain pada rentak ini dalam liga kami,” kata jurulatih Red Star, Barak Bakhar.

“Kami belajar banyak perkara daripada perlawanan ini,” tambah beliau.

Kecederaan jangka panjang Kevin De Bruyne telah membuka peluang kepada Alvarez untuk mendapatkan tempat kesebelasan utama tetap dan tidak perlu menyaingi Haaland untuk bermula di bahagian serangan.

Pemain berusia 23 tahun itu berkembang maju dalam musim keduanya dalam bola sepak Inggeris dengan empat gol dalam tujuh perlawanan.

“Setiap perlawanan, beliau berusaha, menjaringkan gol dan melakukan assist,” kata Guardiola. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >