Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penantian 15 tahun Arsenal untuk ke pusingan separuh akhir Liga Juara-juara berterusan

Impian Arsenal jadi juara kali pertama tinggal mimpi

Apr 18, 2024 | 07:10 PM



MUNICH: Suasana penuh gembira dirasakan di Allianz Arena selepas Bayern Munich menumpaskan Arsenal dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.


Tandukan kencang Joshua Kimmich selepas menerima umpanan daripada Raphael Guerreiro pada minit ke-63 cukup untuk membawa kelab Jerman itu ke separuh akhir. Perlawanan berakhir dengan kemenangan agregat 3-2 buat Bayern, selepas mereka seri 2-2 pada perlawanan pertama.

Walaupun disekat di Stadium Emirates, Arsenal yakin berdaya mengalahkan Bayern, yang sedang mengalami musim liga tidak memberangsangkan dan kehilangan beberapa pemain tonggak seperti Serge Gnabry dan Kingsley Coman akibat kecederaan.

Perlawanan sengit itu turut disaksikan pemilik Arsenal, Stan Kroenke.

Gabriel Martinelli mencipta peluang terbaik bagi Arsenal pada babak pertama, tetapi tendangannya menuju tepat ke penjaga gawang Bayern, Manuel Neuer, selepas Jamal Musiala memaksa David Raya meregangkan badannya untuk menyelamatkan sepakan beliau.

Walaupun penyerang Bayern, Harry Kane, menyentuh bola hanya sembilan kali pada babak pertama, Neuer disibukkan oleh tendangan Martin Odegaard ke arah gawangnya.

Saingan pertaruhan tinggi itu mengakibatkan kedua-dua pasukan mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mencipta peluang yang banyak pada babak pertama. Keadaan sebaliknya dapat dilihat pada babak kedua selepas tandukan Leon Goretzka terkena tiang gol, sebelum percubaan susulan Guerreiro ditampar oleh Raya.

Namun, tandukan Kimmich menjadi penentu perlawanan yang memastikan impian Arsenal untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama tinggal mimpi.

Bayern akan bertemu Real Madrid pada pusingan sepruh akhir selepas juara 14 kali itu mengalahkan Manchester City melalui sepakan penalti.

“Ia adalah musim sukar buat kami,” kata Kane, kapten England, yang menjaringkan gol pada perlawanan pertama di Emirates.

“Sampai ke pusingan separuh akhir adalah satu pencapaian besar buat kami dan kami dapat menikmati kejayaan ini. Harapan kami ialah memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara.”







Sedang pemain Bayern meraikan kemenangan bersama penyokong mereka pada tiupan wisel penamat, kekecewaan jelas ternampak pada wajah pemain Arsenal.

Mereka pasukan pilihan untuk memenangi kedua-dua Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, tetapi kini setelah tewas dalam persaingan Eropah, mereka perlu fokus pada kejuaraan domestik.

Arsenal akan mengunjungi Wolves pada 20 April dan mereka tidak mampu kehilangan mata selepas kehilangan kedudukan teratas liga kepada Manchester City akibat kekalahan di tempat sendiri kepada Aston Villa.

Keputusan itu serta kekalahan di Jerman akan menimbulkan perbandingan dengan musim lalu, apabila Arsenal kehilangan mata berharga dalam misi mengejar kejuaraan. Mereka mengakhiri musim itu dengan tangan kosong walaupun mereka memasuki April dengan kelebihan lapan mata.

Masih lagi ada sinar bagi mereka musim ini, tetapi mereka harus melupakan kekalahan di Eropah. Pada kedua-dua perlawanan suku akhir mereka hanya mendahului Bayern selama enam minit dalam tempoh 180 minit permainan.

“Kami harus melalui keperitan hari ini dan memulakan hari esok dengan semangat yang kami ada sebelum ini,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta, selepas perlawanan itu.

“Hari ini kami mempunyai detik-detik penguasaan tetapi cetusan di dalam kawasan penalti diperlukan untuk mendapatkan kemenangan.

“Sekarang, kami perlu bersama dengan pemain dan memberikan sokongan kerana mereka yang membawa kami hingga ke peringkat ini.” – Agensi berita.

Dengan Bayer Leverkusen menjuarai Bundesliga Jerman hujung minggu lalu berbaki lima perlawanan, musim Bayern bergantung pada perlawanan ini.


Mereka menghadapi tekanan untuk menghiburkan penyokong dengan sajian persaingan Liga Juara-Juara yang bermakna.


Ia jauh daripada prestasi yang diinginkan tetapi pasukan Thomas Tuchel itu perlu berusaha keras untuk sampai ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2020.


Bayern telah mengumumkan bahawa Tuchel akan meninggalkan pasukan itu akhir musim ini dan pencarian penggantinya diteruskan selepas musim yang kurang memberangsangkan.


Pengalaman Tuchel tidak dapat disangkal selepas beliau berjaya mencapai peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah bersama tiga pasukan – Paris Saint Germain (2020, naib juara), Chelsea (2021, juara) dan sekarang Bayern Munich (2024).


“Babak pertama merupakan percaturan di mana tiada pasukan ingin membuat kesilapan,” kata Tuchel.


“Pada waktu separuh masa pertama, kami meminta pemain menunjukkan lebih personaliti, lebih keberanian. Pada babak kedua kami bermain dengan lebih baik dan kami lebih layak memenangi perlawanan ini.” – Agensi berita.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >