Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kadir petinju pertama dalam Dewan Kemasyhuran Sukan S’pura

Feb 06, 2024 | 08:35 PM



Beliau merupakan atlet yang meraih beberapa pencapaian membanggakan untuk sukan tinju negara.

Petinju pertama untuk mewakili Singapura di temasya Sukan Olimpik pada 1972 di Munich, Jerman, beliau kemudian mengharumkan nama negara ketika menang pingat gangsa di Sukan Komanwel 1974 – ia juga pingat tinju pertama dan satu-satunya buat Singapura dalam temasya sukan itu.

Bagi semua pencapaian tersebut, Syed Abdul Kadir Syed Abu Bakar, 76 tahun, dianugerahkan Dewan Kemasyhuran Sukan Singapura atau Singapore Sport Hall of Fame 2024.


Bekas presiden Persatuan Tinju Amatur Singapura (Saba) – yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Tinju Singapura (SBF) – dan bekas jurulatih nasional itu adalah petinju pertama diiktiraf penghargaan tertinggi sukan negara.

Anugerah Dewan Kemasyhuran Sukan Singapura kali ini menyaksikan lapan penerima – termasuk lima pemimpin sukan – dengan anugerah disampaikan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam dalam satu majlis di Istana pada 6 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >