Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perjuangan Kadir jadi inspirasi, buka laluan kepada petinju muda

Feb 06, 2024 | 08:35 PM



Matlamatnya hanya satu – untuk melihat sukan yang dicintai mencapai kemuncak kecemerlangan. 

Dan selama lima dekad, Syed Abdul Kadir mengabdikan hidupnya untuk berkhidmat kepada masyarakat tinju setempat.

Beliau memegang pelbagai peranan – daripada seorang atlet yang disegani kepada seorang jurulatih yang dihormati sebelum akhirnya, bersara sebagai presiden badan sukan itu.

Pada 6 Februari di Istana, sumbangan dan bakti Syed Abdul Kadir selama bertahun lamanya dikenang dan diiktiraf apabila legenda tinju negara itu disertakan ke dalam Singapore Sport Hall of Fame 2024, atau Dewan Kemasyhuran Sukan Singapura 2024.







Dewan Kemasyhuran Sukan Singapura, yang ditubuhkan pada 1985, bertujuan mengiktiraf atlet yang menunjukkan sumbangan berterusan kepada sukan melangkaui pencapaian pingat.

Pencapaian Kadir merupakan yang pertama diraih petinju Singapura.

Berkongsi perasaannya mengenai penganugerahan itu bersama Berita Harian (BH), Kadir, yang bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-76 pada 16 Februari, berkata:


“Terkejut juga apabila dapat tahu saya menerima anugerah ini.

“Rasa sangat bersyukur dan bangga. Orang ramai tidak melupakan saya dan masih ingat sumbangan saya.”

Nama Kadir, yang mula bertinju semuda usia 11 tahun, harum dalam sejarah sukan Singapura – mewakili negara di Sukan Olimpik Munich 1972.

Beliau turut memenangi pingat gangsa di Sukan Komanwel 1974 yang berlangsung di Christchurch, New Zealand, dengan kejayaan itu adalah pingat tinju pertama dan satu-satunya buat Singapura di temasya sukan tersebut.

Pencapaian itu turut diiktiraf negara apabila beliau dinobatkan anugerah tertinggi sukan – Olahragawan Terbaik Singapura 1974.

Di edisi 1971 temasya Sukan Semenanjung Asia Tenggara (Sukan Seap – sebelum nama ditukar kepada Sukan SEA pada 1975) yang berlangsung di Kuala Lumpur, beliau meraih pingat emas, iaitu kemenangan yang hanya diperoleh empat petinju Singapura.

Beliau turut diiktiraf Anugerah Jurulatih Terbaik Negara 1985.

Selepas bersara sebagai atlet pada lewat 1976, Kadir gigih menyumbang tenaga dan masa sebagai jurulatih di samping menjadi presiden Persatuan Tinju Amatur Singapura (Saba) dan kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Tinju Singapura (SBF) yang menyelaras segala program latihan skuad nasional.

Beliau melepaskan jawatan itu pada Mei 2022 disebabkan usia lanjut dan masalah kesihatan.

Pada Julai 2022, BH melaporkan bahawa Kadir mengalami strok ringan pada otak kanannya dan kemudian menjalani rawatan terapi.

“Saya berharap saya dapat meninggalkan legasi ini sebagai inspirasi untuk generasi petinju akan datang,” tambah bapa dua anak itu, yang bercakap secara perlahan dan duduk di atas kerusi roda ketika ditemui BH.

Kemenangan anugerah itu, bagaimanapun, bukan hanya milik Kadir seorang, tanpa berkat sokongan dan pengorbanan tulang belakangnya selama ini iaitu keluarga.

Isterinya, Cik Zalia Jaafar, 73 tahun, berkongsi bahawa Kadir menghabiskan banyak masa di luar demi memajukan sukan tinju setempat.

“Beliau tidak pernah lupakan tinju,” ujar Cik Zalia, sambil menceritakan pasangan itu bertemu dan mula menyulam cinta ketika sama-sama bertugas di Lembaga Penggalak Sukan Kebangsaan, yang kemudian dikenali sebagai Majlis Sukan Singapura, atau Sport Singapore, pada 1971.

Cik Zalia merupakan penyambut tamu di ruang depan stadium, manakala Kadir bertugas sebagai juruaudit sewaktu itu.

“Beliau seorang yang sangat berdedikasi. Beliau pernah menyuruh saya dan anak-anak pulang tidur supaya beliau dapat melatih petinjunya. Selepas latihan, beliau akan mengurut petinjunya dan makan bersama-sama mereka. Semuanya dilakukan bersama. Itu yang saya kagum tentangnya,” kata Cik Zalia.

Anak perempuannya, Cik Sharifah Ummu Hanni, 44 tahun, pula menyifatkan bapanya sebagai “tegas tetapi lucu dan santai”.

“Sebagai seorang anak, saya rasa terharu dan bersyukur. Kehadiran bapa saya telah membuka banyak peluang kepada petinju muda masa sekarang,” tambah anak bongsu itu. 

Dua lagi atlet, perenang, Joscelin Yeo, dan pemain tenis meja, Yu Mengyu, turut dianugerah Dewan Kemasyhuran Sukan Singapura oleh Presiden Encik Tharman Shanmugaratnam di Istana pada 6 Februari.

Edisi tahun ini juga menyaksikan kategori baru untuk mengiktiraf pemimpin sukan bagi sumbangan kukuh dan berterusan mereka kepada pencapaian atlet dan pembangunan sukan Singapura.

Lima penerima anugerah pertama ialah pentadbir sukan veteran, mendiang Dr Tan Eng Liang, naib presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Ng Ser Miang, naib presiden Majlis Olimpik Nasional Singapura, Jessie Phua; presiden Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura, Teo-Koh Sock Miang; dan bekas jurulatih nasional polo air, Kenneth Kee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >