Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejohanan golf MS Classic kembali, bakal ditandingi 120 peserta

Oct 02, 2022 | 07:50 AM



SETELAH dua tahun menyepi gara-gara sengatan Covid-19, pertandingan golf amatur MS Classic kembali mewarnai persada golf tanah air dengan satu kejohanan yang bakal diadakan di padang golf Forest City di Johor pada 20 Disember ini.



Kejohanan edisi ke-14 anjuran kumpulan golf Melayu Singapura itu bakal ditandingi oleh 120 peserta.



Pengasas dan ketua MS Classic, Encik Mohammad Said Abdul Latif, memberitahu Berita Minggu bahawa pihaknya menjangkakan lebih ramai peserta bukan Melayu di acara tahunan itu.



"Selama dua tahun kami tidak dapat berkumpul dan bertanding kerana Covid-19. Jadi, kami mahu melepaskan rindu. Lagipun, sekitaran yang lebih normal sekarang ini memberi kami peluang sekali lagi untuk bertemu kawan-kawan lama dan membuat kenalan yang baru di padang golf.



"Kami menjangkakan antara 30 dengan 40 peratus peserta bukan Melayu kali ini berbanding sekitar 20 peratus sebelum ini. Ini akan memberi peluang kepada kami untuk menjalin rangkaian hubungan di padang golf,'' kata beliau, yang lebih dikenali dengan gelaran Pro Said.



Buat julung-julung kali, satu kategori Junior akan diadakan bagi pemain golf kanak-kanak berusia antara lapan dengan 12 tahun.



Pertandingan utama dibahagikan kepada Divisyen A bagi pemain handicap rendah, dan Divisyen B bagi pemain handicap tinggi.



Pro Said berkata pihaknya teruja dengan perkembangan kejohanan itu tahun demi tahun.



Menurut beliau, hanya sekitar 40 pemain menyertai kejohanan itu apabila ia mula diperkenalkan lebih 15 tahun lalu.



Kini, lebih 120 peserta menampilkan diri untuk mempamer dan mengasah bakat di padang golf.



"Saya gembira melihat lebih ramai peserta daripada pelbagai latar belakang dan kaum. Ini satu perkembangan sihat dan kami harap dapat kekalkan pada masa akan datang,'' katanya.



Antara objektif kumpulan itu ialah merapatkan hubungan dalam kalangan pemain golf, menaikkan mutu permainan golf setempat dan menjadikan golf sebagai wadah untuk merangsang keharmonian sosial.



Seperti tahun-tahun lalu, peserta diperlukan memakai kemeja-T kejohanan dan seluar panjang putih sebagai melambangkan perpaduan dan persaudaraan sukan.



Bayaran bagi kejohanan itu adalah $150 setiap seorang. Mereka yang berminat boleh menghubungi Pro Said di talian 8749-7693.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >