Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia Wanita

Lauren James mahu ukir nama di Piala Dunia Wanita 2023

Jul 16, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pemain bola sepak wanita England, Lauren James, berkata beliau mahu mengukir nama di Piala Dunia Wanita 2023 dan bukan hanya dikenali sebagai ‘adik Reece James’.


Bintang Chelsea berusia 21 tahun itu bermain untuk kelab yang sama dengan abangnya, yang juga seorang pemain antarabangsa England.

Justeru, adalah wajar beliau sering mendengar namanya dikaitkan dengan abangnya.

Beliau kata: “Orang sering berkata ‘itu adik Reece’. Tetapi saya mahu mengukir nama saya sendiri.”

James bukan sebahagian daripada pasukan wanita England, yang juga dikenali sebagai Lionesses, ketika mereka menang Euro Wanita 2022 pada 31 Julai 2022.

Namun, beliau berkata ia hanya mendorong dan memberinya lebih semangat untuk memastikan beliau tidak terlepas peluang untuk dipilih bagi Piala Dunia Wanita 2023 yang akan berlangsung dari 20 Julai hingga 20 Ogos.

Impiannya menjadi nyata setelah beliau menerima panggilan daripada pengurus Lionesses, Sarina Wiegman, untuk menyertai pasukan England selepas memainkan peranan utama dalam membantu Chelsea memenangi dua trofi dalam tiga tahun berturut–turut.

“Panggilan telefon daripada Wiegman seolah-olah umpama mimpi. Saya tidak menyangka menerima panggilan itu begitu awal. Saya fikir saya perlu membuktikan diri saya semasa musim Liga Super Wanita (WSL).

“Ia adalah detik yang membanggakan bagi saya untuk mendapat panggilan itu. Saya rasa ia menunjukkan kepercayaan yang beliau ada pada saya dan kemampuan saya.

“Saya hanya bersyukur kerana mendapat peluang ini untuk dapat menunjukkan apa yang boleh saya lakukan.

“Ketika saya menonton perlawanan final Euro 2022 musim panas lalu sebagai seorang peminat, ia memberi saya motivasi dan keghairahan untuk memastikan saya akan bertanding dalam Piala Dunia 2023,” kata James.

Ini adalah peluang beliau menjadi anggota pertama dalam keluarganya memenangi kejohanan antarabangsa utama.

James berkata tidak ada sebarang persaingan antara beliau dengan abangnya.

“Saya rasa beliau (Reece) berasa bangga. Kami hanya seperti kawan baik. Nasihatnya hanyalah untuk menikmati Piala Dunia, berseronok dan cuba jaringkan gol,” ujar James.

James memainkan peranan utama dalam kemenangan Lionesses dalam Piala Arnold Clark, sebuah kejohanan jemputan, dengan beliau menjaringkan gol pertamanya untuk England dan berkata beliau berseronok bermain di bawah Sarina Wiegman.

“Beliau (Wiegman) sangat baik dan membenarkan saya meluahkan perasaan dan tidak cuba mengubah permainan saya.

“Ini memainkan peranan besar kerana ia membolehkan saya bermain dengan bebas dan yakin,” tambah James.

James, yang pernah bermain untuk Manchester United dari 2018 hingga 2021, berkata beliau gemar belajar daripada rakan sepasukan Lionesses lain yang lebih berpengalaman, seperti pemain pertahanan Barcelona, Lucy Bronze.

“Saya suka belajar dan mendengar nasihat Lucy dan pemain berpengalaman lain, bagaimana beliau mengendalikan diri dalam latihan dan dalam permainan,” kata James. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >