Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Perdana Singapura sasar dapatkan pasukan ke-10

Dec 12, 2023 | 10:13 PM



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menyasarkan untuk menambah satu lagi pasukan untuk Liga Perdana Singapura (SPL), sekaligus menjadikan jumlah pasukan dalam SPL kepada 10.

Ini setelah FAS mengemukakan permintaan kepada pihak yang berminat pada 6 Disember bagi membentuk kelab SPL ke-10 musim depan untuk mengemukakan cadangan komprehensif sejajar dengan pelesenan kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan peraturan SPL.

Pihak berminat boleh dapatkan butiran lanjut di laman web FAS.

Pihak berminat mesti hantar emel berkenaan minat mereka kepada tenders@fas.org.sg selewat-lewatnya pada 20 Disember sebelum 6 petang.

Pihak sedemikian kemudian ada empat minggu bagi mengemukakan cadangan terperinci untuk dipertimbangkan.

FAS menyatakan: “Dengan memperluaskan penyertaan liga, matlamatnya adalah untuk meningkatkan tahap bola sepak profesional di Singapura dengan menarik bakat bola sepak terkemuka dan memperoleh penglibatan peminat yang ketara.”

Kali terakhir SPL mempunyai 10 pasukan bertanding adalah pada 2015 – pada waktu itu, ia dikenali sebagai Liga-S.

Menukil laporan The Straits Times (ST), difahamkan terdapat sekurang-kurangnya tiga pihak yang berminat, antaranya ialah Tengah FC.


Ditubuhkan pada 2017, pasukan itu bermain dalam Liga Seluruh Pulau (IWL) pada 2023. IWL ialah liga peringkat keempat – peringkat pertama adalah SPL diikuti Liga Bola Sepak Singapura (SFL) Divisyen 1 dan 2.

Walaupun tewas 2-1 kepada Bedok South Avenue SC dalam perlawanan akhir IWL, kedua-dua pasukan telah dinaikkan ke SFL 2 kerana menamatkan saingan di tempat dua teratas.

Usaha penyertaan kelab itu dalam SPL diketuai pengasasnya dan bekas pemain bola sepak, Louis Amalorpavanathan, 52 tahun.

Beliau pernah menjadi penyerang untuk pasukan seperti Jurong Town, Tyrwhitt Soccerites, Wellington FC dan Safsa dalam Liga Perdana FAS dan Liga Bola Sepak Kebangsaan pada 1980-an dan awal 1990-an.

Beliau enggan berkongsi butiran lanjut sebelum cadangan daripada pihaknya diterima tetapi pemilik firma keselamatan dan penyiasatan Acestes itu menjelaskan beliau mempunyai rancangan kukuh yang disokong oleh pelabur tempatan dan asing.

Beliau menambah jika permohonan Tengah FC berjaya, pihaknya tidak akan mengambil subsidi Tote Board sekitar $1 juta setiap musim yang diterima oleh kebanyakan kelab tempatan SPL.

Ini juga merupakan salah satu kriteria FAS, yang memerlukan “belanjawan dan rancangan kewangan komprehensif bagi operasi kelab untuk tiga musim pertama (2024/25 hingga 2026/27), termasuk aliran hasil seperti penjualan tiket, tajaan, barangan dan sumber lain”.

Amalorpavanathan berkata:

“Kami serius untuk menyertai SPL.

“Kami bukan sahaja mahu membangunkan pemain bola sepak yang baik untuk pasukan kebangsaan dan menyumbang kepada kejayaan skuad Singa di pentas antarabangsa, kami juga mahu menyediakan peluang pekerjaan dalam komuniti... dan rapatkan lagi pertalian persaudaraan.”

SPL hanya mempunyai lapan pasukan bagi musim 2020 hingga 2022, selepas Warriors FC digantikan oleh Tanjong Pagar United kerana masalah kewangan dan DPMM Brunei menarik diri dek pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, DPMM telah dibenarkan beraksi dalam musim baru SPL setelah wujudnya keraguan selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam, Matusin Matasan, dan Setiausaha Agung, Shahnon Salleh, digantung dan dipecat oleh Pendaftar Pertubuhan negara tersebut.

Hal sedemikian barangkali ditafsirkan oleh badan induk bola sepak dunia iaitu Fifa, sebagai campur tangan oleh pemerintah lantas persatuan itu dikenakan sekatan ke atas pelaksanaan aktiviti bola sepak.

Bagaimanapun, jawatankuasa pertandingan AFC telah memberi DPMM lampu hijau untuk “menyertai musim 2024-2025 SPL dan Piala Singapura, dengan perkara itu dirujuk kepada Fifa untuk kelulusan akhir”.

Kenyataan itu barangkali memberi bayangan bahawa bagi musim SPL akan datang akan berlangsung dari Mei 2024 hingga Mei 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >