Jawatankuasa Rayuan Sukan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) yang dipengerusikan Encik Ng Ser Miang, telah bertemu untuk mempertimbangkan rayuan pencalonan yang diketengahkan Persatuan Sukan Nasional (NSA) bagi Sukan Asia Hangzhou 2022.
Sukan Asia itu telah ditangguhkan dari 2022 ke 23 September hingga 8 Oktober 2023.
Antara nama atlet yang diketengahkan dengan rayuan yang diluluskan termasuk Mark Lee Ren, Shanti Pereira dan Nur Izlyn Zaini (atletik); Marsha Shahrin (layar); Diyanah Aqidah Muhammad Dian Khudhairi (taekwondo); selain beberapa pasukan lain seperti sepak takraw lelaki dan hoki.
Ini dinyatakan SNOC dan Yayasan Olimpik Singapura dalam satu e-mel yang diedarkan kepada media seiring senarai nama atlet dengan rayuan yang berjaya.
Menurut e-mel tersebut, sebelum penangguhan sukan itu, Jawatankuasa Pemilihan SNOC meluluskan 382 atlet dalam 29 sukan untuk mewakili Singapura ke sukan tersebut.
“Sejak mesyuarat pemilihan pada 18 April 2022, terdapat 31 penarikan diri akibat penangguhan kepada sukan tersebut.
“Tambahan 126 atlet pula telah diluluskan oleh Jawatankuasa Rayuan.
Rintik hujan yang turun membasahi bumi di Singapura, enam tahun lalu, mencetus idea buat dua penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi muda, Shazza dan Umar Sirhan, mencipta karya romantis.
Setiap
Kecerdasan buatan (AI) sedang mentakrifkan semula cara perniagaan beroperasi dengan mengautomasikan tugas harian.
Bagi mereka yang pernah mengalami keajaiban produk ChatGPT, Midjourney dan seumpamanya
Syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) milik hartawan, Encik Elon Musk, xAI, berjaya mengumpulkan AS$6 bilion ($8.1 bilion) dalam pendanaan siri B.
Ia kini mencapai penilaian sebanyak AS$24 bilion
Syarikat BYD China baru-baru ini melancarkan versi terkini teknologi hibrid pemalam atau ‘plug-in’ yang meningkatkan penjimatan bahan api dan kos, memperhebatkan persaingan dengan Toyota dan
Cukup saya fahami betapa liatnya nak membuat janji temu pemeriksaan kesihatan, biarpun, dalam hal seperti saya, kosnya ditanggung oleh majikan.
Prosesnya juga bukan menyeronokkan... tekan sana, tekan
Sering kita dengar masa skrin yang lama dan tidak terbatas membawa kesan padah kepada kanak-kanak.
Tetapi tahukah anda bahawa masa skrin ibu bapa juga mempunyai kesan terhadap pembangunan anak?
Pendig
Wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan barah harus menjalani ujian DNA tanpa mengira usia untuk melihat jika mereka mempunyai gen kanser keturunan yang bermutasi, yang meningkatkan risiko
Anda seorang ibu yang tinggal di rumah (SAHM) dan mahu kembali ke alam pekerjaan? Membayangkan langkah menuju ke alam yang sudah lama ditinggalkan atau belum sempat mencuba, boleh menimbulkan rasa
Sepanjang meniti perjalanan sebagai anak seni selama 17 tahun, pelakon kelahiran Kuala Lumpur, Muhammad Syafie Naswip, sering diberi watak dengan bebanan emosi yang mampu merentap tangkai hati
Dengan sinaran mentari yang kerap terik, adalah penting menggunakan krim pelindung matahari dan pelindung suria bagi membantu menjaga kulit agar selamat dan sihat.
Bahkan ramai yang tidak menyedari

“Secara keseluruhannya, akan terdapat 477 atlet dalam 32 sukan yang akan mewakili kontinjen pasukan Singapura – jumlah terbesar Singapura di Sukan Asia.
Nama-nama mereka akan dikemukakan kepada pihak penganjur sebelum tamat tempoh kemasukan nama pada Julai.
Saiz sebenar kontinjen negara akan diketahui kemudian.
Di Sukan Asia ke-18 di Indonesia yang diadakan pada 2018, kontinjen pasukan Singapura dengan 264 atlet menang empat pingat emas, empat perak dan 14 gangsa.
Semasa dihubungi, jurulatih pasukan sepak takraw Singapura, Padzli Othman, berkata pihaknya akan membuat persiapan menerusi latihan di luar negara termasuk Indonesia, Thailand dan Kuala Lumpur.
“Strategi semasa Sukan Asia biasanya berbeza dengan Sukan SEA. Ini kerana lebih banyak negara Asia yang turut serta dan kebolehan mereka pelbagai.
“Yang pasti, kami perlu hadapi lebih banyak negara yang mempunyai pasukan yang semakin baik dalam permainan mereka,” katanya yang turut menyasarkan pingat emas dalam sukan kali ini.
Padzli berkata antara negara Asia dengan pasukan sepak takraw yang sedang semakin baik dalam permainan mereka dan kini mendapat perhatian termasuk Iran, India dan Korea Selatan.
Semasa Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Indonesia, pasukan sepak takraw negara meraih dua pingat gangsa menerusi acara regu dan quadrant (empat lawan empat).
Dalam Sukan SEA yang berlangsung di Kemboja yang baru lalu, pasukan sepak takraw Singapura berkongsi pingat gangsa dengan pasukan Kemboja bagi acara regu lelaki.