Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Carabao: Newcastle singkir City dengan kemenangan 1-0

Liverpool, Chelsea dan Arsenal turut mara
ke pusingan keempat
Sep 28, 2023 | 01:47 PM



NEWCASTLE: Pengurus Newcastle, Eddie Howe, berkata pasukannya bersemangat untuk “mencapai lebih baik” daripada musim lalu, selepas mereka menewaskan Manchester City untuk mara ke pusingan keempat Piala Carabao.


Alexander Isak menjaringkan gol kemenangan Newcastle ke atas pasukan City yang banyak membuat perubahan.

Newcastle, yang kalah kepada Manchester United pada final kejohanan ini pada 2022, melakukan 10 pertukaran ke atas skuadnya yang menang 8-0 ke atas Sheffield United dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada 24 September.

City menguasai perlawanan pada separuh masa pertama, tetapi selepas Bruno Guimaraes dan Anthony Gordon dimasukkan pada separuh masa kedua, Newcastle bangkit dengan Isak menjaringkan gol daripada gerakan hebat Joelinton.

“Sebelum perlawanan kami mengingati perlawanan peringkat akhir tahun lalu,” Howe memberitahu Sky Sports.


“Ia menjadi inspirasi bagi kami dan membantu kami musim ini, walaupun perlawanan peringkat akhir itu menjejas keputusan liga kami (musim lalu). Kami melihatnya semula dengan penuh rasa bangga,” tambah beliau.

Berdisiplin tetapi pasif dalam menghadapi penguasaan bola City, pasukan bimbingan Howe bernasib baik kerana masih seri 0-0 selepas 45 minit, dengan Julian Alvarez terlepas dua peluang baik.

Pengurus City, Pep Guardiola, melalukan tujuh pertukaran ke atas pasukannya, memberi permulaan pertama kepada pemain midfield muda Oscar Bobb, antara lain, namun penguasaan City tetap jelas.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah layak mendapat kemenangan berdasarkan persembahan mereka pada separuh masa kedua, yang penuh bertenaga dengan pelbagai usaha di depan pasukan City yang tidak dapat bertindak balas.

Bagi pasukan bimbingan Guardiola, ia merupakan kekalahan kedua dalam 38 perlawanan semua pertandingan.

Newcastle kini telah memenangi empat perlawanan selepas tiga kekalahan berturut-turut.

Mereka berpeluang membalas dendam ke atas United, yang menewaskan mereka pada final musim lalu, pada pusingan keempat.

Satu-satunya masalah Newcastle – yang menghadapi Paris St-Germain pada 5 Oktober dalam Liga Juara-Iuara dan Burnley Sabtu ini dalam EPL – ialah Isak dikeluarkan sejam selepas perlawanan menentang City akibat kecederaan.

“Separuh masa pertama sukar kerana City bermain dengan baik. Kami bertahan dengan baik kerana kami tidak menguasai bola,” kata Howe.

Dalam perlawanan Piala Carabao yang lain, Liverpool menewaskan Leicester City 3-1.

Penyokong Liverpool bersemangat selepas melihat prestasi dan jaringan hebat pemain baru mereka Dominik Szoboszlai.

Chelsea pula menundukkan Brighton 1-0. Pasukan bimbingan Pochettino memerlukan kemenangan itu setelah melalui tiga perlawanan berturut-turut tanpa gol.

Arsenal menewaskan Brentford 1-0 melalui jaringan awal Reiss Nelson. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >