Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA

Piala FA: Jaringan lewat Liverpool singkirkan Arsenal

Jan 08, 2024 | 10:15 AM



LONDON: Gol sendiri oleh Jakub Kiwior dan jaringan lewat oleh Luis Diaz memastikan kemenangan 2-0 buat Liverpool ke atas Arsenal dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Emirates.


Kekalahan itu terus melanjutkan rentak hambar pasukan Arsenal dalam perlawanan yang berlangsung pada 7 Januari.

Hakikatnya, Arsenal mendapat banyak peluang keemasan namun mensia-siakan semua itu dalam separuh masa pertama.

Akibatnya mereka terpaksa menanggung kegagalan memanfaatkan peluang jaringan apabila tendangan percuma kapten Liverpool, Trent Alexander-Arnold ditanduk masuk pemain Arsenal, Kiwior, ke gawang sendiri pada minit ke-80.

Diaz kemudian mengesahkan Liverpool melangkah ke pusingan keempat menerusi rembatannya yang masuk ke gawang lawan dalam masa kecederaan.

Dalam perlawanan itu Liverpool ketiadaan beberapa pemain bintang mereka.

Virgil van Dijk terpaksa menarik diri akibat demam dan Mohamed Salah pula terlibat dalam pertandingan Piala Negara-Negara Afrika.

Sudah pasti Liverpool boleh ‘berterima kasih’ kepada Arsenal yang gagal memanfaatkan peluang-peluang jaringan dalam separuh masa pertama, namun pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu sentiasa tenang dan mengawal rentak permainan dengan baik.

Meskipun tanpa Salah, jentera serangan Liverpool mampu merobek pertahanan Arsenal di akhir-akhir perlawanan.

Pada masa ini, Liverpool yang mendahului kedudukan dalam Liga Perdana England (EPL), akan menentang Fulham dalam peringkat separuh akhir Piala Carabao pada 11 Januari.

Ia telah melangkah ke peringkat kalah mati Liga Europa dan boleh menjangkakan undian positif bagi pusingan keempat Piala FA.

Sebaliknya Arsenal pula telah tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan dan kini berada dalam kedudukan keempat EPL.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata:

“Corak permainan kami boleh dianggap baik dan banyak peluang dihasilkan.

“Kami perlu menang perlawanan, namun kami tidak manfaatkan peluang dan tetap tewas.

“Untuk menang perlawanan, kami perlu memanfaatkan peluang yang ada.”

Antaranya Reiss Nelson hanya mampu merembat bola ke tepi jaring gawang Liverpool sementara kapten Arsenal, Martin Odegaard menyaksikan rembatannya terkena palang gol Liverpool.

Kai Havertz pula tidak mampu memanfaatkan dua peluang baik buat Arsenal.

Arsenal terus menghasilkan beberapa peluang dalam separuh masa kedua dengan Bukayo Saka merembat voli bola ke atas gawang lawan, selepas mendapat umpanan Declan Rice.

Liverpool kemudian bak mula tersentak dalam 10 minit terakhir perlawanan dan hasilnya, Kiwior menanduk bola masuk ke gawang sendiri selepas tendangan percuma yang cantik dan diambil Alexander-Arnold.

Pemain sayap asal Colombia, Diaz, kemudian menggegarkan stadium pihak lawan apabila rembatan kencangnya menewaskan penjaga gawang Arsenal, Aaron Ramsdale.

Klopp kemudian memberitahu pemberita:

“Semuanya lebih baik dalam separuh masa kedua.

“Saya amat gembira dan bangga dengan kemenangan perlawanan ini.

“Padahal Arsenal memang boleh menang jika dinilai.

“Tapi para pemain kami melengkapkan jaringan dan ini semua membuktikan perwatakan dan semangat para pemain kami.”

Dalam satu perlawanan berasingan, Manchester City menang besar 5-0 ke atas pasukan Liga Kedua, Huddersfield Town, dengan Phil Foden menjaringkan dua gol sementara pemain asal Belgium, Kevin De Bruyne, kembali beraksi selepas berehat selama empat bulan akibat kecederaan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >