Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Rumput tumpaskan hasrat Venus Williams raih kemenangan Wimbledon

Jul 04, 2023 | 04:45 PM



LONDON: Venus Williams berkata “rumput membunuhnya” selepas juara lima kali itu terjatuh teruk semasa kekalahannya 6-4, 6-3 kepada Elina Svitolina dalam pusingan pertama Wimbledon pada Isnin.


Pemain Amerika itu menguasai permainan dari awal menentang lawannya dari Ukraine, yang mara ke separuh akhir pada 2019, memenangi dua perlawanan pertama.

Tetapi, pemain berusia 43 tahun itu tergelincir di atas rumput Gelanggang Tengah dan mencengkam lutut kanannya yang berbalut dan sakit, ketika Svitolina mengembalikan kedudukan kepada 2-1.

Beliau terkial-kial kembali ke kerusinya dan jurulatih dipanggil namun beliau dapat meneruskan saingan.

Williams tampil agresif, berusaha untuk meraih mata, tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi rakan ‘wild card’ Svitolina, 28 tahun – pemain nombor 76 dunia yang baru melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada Oktober.

Williams diberi tepukan gemuruh ketika keluar dari Gelanggang Tengah dan beliau turut berpaling dan melambai kepada orang ramai.

Warga Amerika itu, yang berkata tidak mengetahui tahap kecederaannya, tetap bersikap optimis selepas kekalahannya.

“Rumput sememangnya akan menjadi licin,” katanya. “Anda akan jatuh pada satu masa. Nasib saya malang.

“Saya memulakan perlawanan dengan sempurna. Saya benar-benar beraksi cemerlang, kemudian saya dibunuh oleh rumput.

“Ia tidak menyeronokkan sekarang. Saya berasa seperti saya berada dalam prestasi yang hebat ketika menyertai kejohanan ini, dan prestasi yang hebat dalam perlawanan itu. Semuanya sangat mengejutkan pada masa ini. Inilah sukan.”

Williams, yang membuat penampilan sulung di Wimbledon pada 1997, bermain di Kelab All England untuk kali ke-24 – penampilan terbanyak untuk mana-mana pemain dalam era Terbuka itu.

Warga Ukraine itu berkata beliau gembira Williams dapat meneruskan aksi selepas kejatuhannya, meskipun beliau “terkejut” dengan kejadian itu.

“Beliau mencuba, dan beliau adalah juara, beliau berjuang, beliau memberikan segala-galanya,” katanya.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek mara ke pusingan kedua Wimbledon dengan menewaskan pemain China Zhu Lin 6-1, 6-3 pada Isnin dalam permulaan yang baik untuk memburu gelaran Grand Slam pertama di atas rumput.

Warga Poland berusia 22 tahun itu, yang memenangi kejuaraan Terbuka Perancis buat kali ketiga pada Jun untuk menjadikannya empat mahkota Grand Slam, masih belum melepasi pusingan keempat kejohanan utama London itu.

Swiatek kelihatan baik dalam pergerakannya di permukaan gelanggang dan tidak menunjukkan tanda-tanda sakit yang menghalangnya daripada separuh akhir Bad Homburg pada Jumaat.

“Saya berasa sangat yakin. Saya rasa saya bermain dengan sangat baik,” kata Swiatek, bekas juara remaja Wimbledon.

“Saya berasa sangat baik selepas Roland Garros (Terbuka Perancis). Selepas Roland Garros, saya mengambil sedikit masa untuk menghargai apa yang berlaku.

“Tahun lalu, ia adalah Grand Slam kedua saya (di Terbuka Perancis) dan ia berasa amat memberangsangkan. Kali ini saya boleh memberi tumpuan untuk meraikan dan sebenarnya kembali bertanding dengan lebih tenang...” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >