Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa sedia baham Guam demi buru kelayakan Piala Dunia 2026

Oct 11, 2023 | 05:39 PM



Ketua Jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya, sudah sedia mengatur strategi – memastikan anak buahnya lebih tangkas dan garang sebaik menyambut kunjungan Guam di Stadium Nasional pada 12 Oktober.

Bermain di stadium sendiri, Singapura, juga dikenal sebagai pasukan ‘Singa’, menduduki tempat 44 lebih tinggi (157) daripada Guam (201) dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Ini menjadikan Singapura sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan pertama daripada dua perlawanan kelayakan menentang Guam – sebuah negara kecil dalam kawasan Mikronesia di bahagian barat kepulauan Pasifik.

Sebagai ukuran, Singapura dan Guam pernah bertembung hampir sedekad lalu pada 2015 dan mencatatkan keputusan seri 2-2 sekali gus menandakan kedua-dua pasukan punya kekuatan agak seimbang.

Kapten Hariss Harun, yang masih kekal dalam skuad sejak perlawanan tersebut pada 2015, sedar akan kebolehan Guam.

Beliau memberitahu Berita Harian, Singapura perlu bersedia untuk bertarung secara fizikal untuk menentang Guam.


“Kami tahu (memenangi) Guam tidak semudah apa yang dianggap orang. Mereka bermain dengan gaya yang sangat fizikal, dan itu adalah sesuatu yang kami perlu bersedia untuk dua perlawanan ini,” kata beliau.

Pasukan Singa bersedia untuk memulakan kempen kelayakan mereka untuk Piala Dunia 2026 dan Piala Asia menentang Guam.

Perlawanan pertama mereka akan berlangsung di Stadium Nasional Singapura pada 12 Oktober dan perlawanan kedua akan berlangsung lima hari kemudian pada 17 Oktober, di Pusat Latihan Nasional Persatuan Bola Sepak Guam (GFA) di Harmon, Guam.

Sekiranya Singapura layak untuk pusingan kelayakan kedua, mereka akan menentang pasukan Thailand, China dan Republik Korea dalam Kumpulan C.

Dua kedudukan tertinggi kumpulan tersebut akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia, dan juga mengesahkan tempat mereka di Piala Asia Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Arab Saudi pada 2027.

Untuk memastikan pasukannya mempunyai peluang terbaik untuk mara ke pusing kelayakan kedua, Nishigaya memutuskan untuk mengekalkan sebahagian besar skuad yang dipanggil untuk perlawanan-perlawanan persahabatan di bulan September, di mana mereka tewas 2-0 kepada Tajikistan dan menang 3-1 atas Chinese Taipei.

“Setiap pemain mempunyai peranan mereka sendiri, saya tidak sabar untuk melihat komitmen dan keinginan mereka untuk memenangi perlawanan ini,” kata beliau.

Namun, pasukan Singapura tidak mampu untuk lalai kerana Guam juga mempunyai keyakinan untuk memenangi perlawanan tersebut.

“Walaupun ranking kita adalah 201, ia tidak mencerminkan secara keseluruhan pasukan dan pemain yang kami ada. Kami mempunyai pemain yang boleh menang perlawanan ini.” kata Ketua Jurulatih Guam, Ross Awa, di sidang media pada 11 Oktober.

“Kami menghormati pasukan lawan, tetapi kami ke sini untuk menang,” tambah beliau.

Kapten pasukan Guam, Jason Cunliffe, yang berjaya menjaringkan gol semasa perlawanan mereka pada 2015, juga berkata beliau yakin untuk menjaringkan gol lagi selepas latihan dan persiapan pasukan yang mereka lalui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >