Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH

Tebus kecewa, bantu Sekolah Menengah Meridian juara

Mar 09, 2023 | 05:30 AM



KEKALAHAN kepada Sekolah Menengah Queensway di final pertandingan bola sepak perempuan Divisyen B pada 2022 masih segar dalam ingatan Nur Alysha Nasrina Naseri dan pada awal minggu ini, beliau akhirnya berjaya menebus kekecewaan itu.



Kini, lawannya di final ialah Sekolah Menengah Tampines dan Nur Alysha, pelajar menengah empat dari Sekolah Menengah Meridian muncul sebagai serikandi pasukan yang menang 3-1 menerusi sepakan penalti.



Perlawanan diheret ke babak sepakan penalti selepas berakhir seri tanpa jaringan di akhir masa tambahan dan Nur Alysha, yang beraksi sebagai penjaga gawang, bukan sahaja menyelamatkan tiga penalti, malah menjaringkan penalti pertama pasukannya.



Bercakap kepada The Straits Times, Nur Alysha berkata beliau berasa amat gembira dan tidak menjangka dapat menyelamatkan tiga penalti.



"Saya dapat meneka arah tujuan bola. Gol yang saya jaringkan juga membuat saya rasa amat gembira sekali," kata pelajar berusia 16 tahun itu.



Jurulatih Meridian, Fabio da Silva, berkata beliau membuat keputusan untuk membiarkan Alysha mengambil penalti pertama kerana Alysha telah menunjukkan keupayaan menyempurnakan sepakan penalti dengan kemas semasa sesi latihan.



"Kami telah berkongsi beberapa teknik dengan Alysha untuk menyelamatkan penalti. Dia juga amat berkebolehan untuk mengambil penalti. Alysha adalah salah seorang pemain utama pasukan kami," kata da Silva, yang akur kekalahan di final 2022 mendorong pemainnya untuk bekerja lebih keras.



Kapten Meridian, Siti Nurfarah Tahir, 17 tahun, berkata semangat juang sebagai satu pasukan adalah pemangkin bagi kejayaan ini.



"Kami melakukan segala-galanya bersama... berlatih dengan gigih bersama setiap hari.



"Hasilnya, kami begitu rapat dan ini boleh dilihat dengan cara kita bekerjasama di padang," ujarnya.



Kehadiran rakan sekolah yang bersorak sepanjang perlawanan memainkan peranan yang besar dalam kemenangan itu.



"Mereka ialah sumber motivasi utama kami," tambah Siti Nurfarah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >