Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Tempias perang...Pakai baju Spartak Moscow, pemain dikecam sokong Russia

Mar 20, 2023 | 05:30 AM



CALIFORNIA: Pemain tenis Russia, Anastasia Potapova, tidak sepatutnya menyokong negaranya secara terbuka di tengah-tengah pencerobohannya ke atas Ukraine, kata pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek.



Potapova memakai baju kelab bola sepak Spartak Moscow pada perlawanannya di kejohanan Indian Wells sebelum tewas tiga set kepada pemain Amerika Syarikat, Jessica Pegula, pada Ahad.



Persatuan Tenis Wanita (WTA) telah pun mengeluarkan amaran rasmi kepada Potapova atas tindakannya.



Pemain Russia berusia 21 tahun itu berkata beliau telah menyokong kelab itu sejak beliau berusia 13 tahun dan berasa tindakannya tidak menghasilkan sebarang provokasi.



"Sejujurnya, saya terkejut," kata Swiatek, 21 tahun.



"Walaupun beliau peminat pasukan itu, saya fikir beliau sedar bahawa beliau tidak sepatutnya menunjukkan pandangannya dengan cara ini."



Swiatek, yang telah menewaskan Bianca Andreescu untuk mara ke pusingan 16 terakhir, sebelum ini mengkritik pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Pemain Russia dan Belarus telah dibenarkan bertanding dalam jelajah WTA, tetapi bukan di bawah bendera nasional mereka.



Swiatek, yang berasal dari Poland, telah berbincang dengan WTA mengenai tindakan Potapova.



"Saya telah bercakap dengan WTA dan saya fikir keadaan seperti itu akan kurang berlaku kerana mereka akan menerangkan kepada pemain lain bahawa mereka tidak boleh mempromosikan mana-mana pasukan Russia pada tempoh ini dan ini sedikit sebanyak meyakinkan saya," katanya.



"Malangnya situasi sebegini terjadi kerana pengumuman ini sepatutnya berlaku lebih awal. Terdapat banyak kekecohan di bilik persalinan pada awal peperangan berlaku.



"Tidak jelas bagaimana untuk menangani segala-galanya, yang mencetuskan keadaan yang tidak menyenangkan seperti itu.



"Saya fikir jika ada kepimpinan yang lebih baik dari awal, mungkin kita akan mampu mengelak daripadasituasi sedemikian berlaku." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >