Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA DUNIA

Terlepas ke Qatar

Nov 13, 2022 | 05:30 AM



Piala Dunia 2022 bermula minggu depan. Tetapi ramai bintang dunia masih bersaing di padang seminggu sebelum kejohanan. Malangnya ada yang kurang bernasib baik apabila mengalami kecederaan. BERITA MINGGU menyenaraikan bintang yang akan terlepas penerbangan ke Qatar minggu depan.




Diogo Jota Portugal



PENYERANG Liverpool ini akan terlepas muncul di Piala Dunia setelah beliau diusung keluar dari padang akibat kecederaan paha dalam masa tambahan kemenangan 1-0 ke atas Manchester City dalam Liga Perdana England pada 18 Oktober lalu.



Paul Pogba Perancis



BEKAS pemain 'midfield' Manchester United tidak akan membuat penampilan di Qatar kerana perlu lebih masa untuk pulih daripada pembedahan lutut akibat kecederaan yang dialami selepas kembali ke Juventus pada musim panas. 



Ben Chilwell England



PEMAIN bek kiri Chelsea ini telah mengesahkan beliau akan terlepas beraksi dalam Piala Dunia selepas mengalami kecederaan hamstring yang "teruk" dalam kemenangan persaingan dalam Liga Juara-Juara ke atas Dinamo Zagreb.



N'Golo Kante  Perancis  



PEMAIN 'midfield' Chelsea ini tidak akan ke Piala Dunia menyusuli pembedahan untuk memperbetulkan masalah hamstring.



Timo Werner Jerman



PEMAIN berusia 26 tahun ini akan terlepas muncul di Qatar selepas mengalami kecederaan buku lali dalam kemenangan 4-0 Liga Juara-Juara RB Leipzig ke atas Shakhtar Donetsk pada 2 November lalu.



Kepa Arrizabalaga Sepanyol



PENGURUS Chelsea, Graham Potter, mengesahkan penjaga golnya tidak akan bermain untuk 'The Blues' sehingga selepas Piala Dunia kerana kecederaan kaki yang dialami dalam kekalahan 1-4 kepada Brighton pada Oktober lalu.



Georginio Wijnaldum Belanda



BEKAS pemain tengah Liverpool berusia 31 tahun ini mengalami patah tulang tibia di kaki kanannya selepas hanya bermain satu perlawanan ketika dipinjamkan kepada Roma dari Paris Saint-Germain (PSG).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >