Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tidur 10 jam tiap hari rahsia Son prestasi tinggi

Jul 26, 2023 | 05:23 PM



Beliau adalah pemain bola sepak terhangat di Asia. Namun buat seketika di sesi media baru-baru ini, nampaknya penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, hampir malu dengan rahsia di sebalik kebangkitannya menjadi bintang popular.

Bintang asal Korea Selatan itu, bersama rakan sepasukan pemain pertahanan, Ben Davis, adalah tetamu istimewa pada acara makan tengah hari anjuran syarikat penyedia insurans, AIA, di hotel Conrad Centennial Singapore.

Spurs yang tiba di Singapura pada Isnin pagi, berada di Stadium Nasional pada Selasa untuk melakukan latihan sebelum berdepan dengan kelab tempatan, Lion City Sailors pada Rabu malam.

Apabila ditanya apa dilakukannya untuk mengekalkan kecergasan fizikalnya untuk beraksi pada tahap tertinggi pada acara AIA tersebut, pemain berusia 31 tahun itu mendedahkan beliau tidur sembilan hingga 10 jam sehari.

Son menjadi keliru apabila sekitar 200 tetamu di acara itu terkejut dengan jawapannya. Apabila juruacara menjelaskan kepada Son bahawa rakyat Singapura jarang tidur selama itu, beliau ketawa dan tersipu-sipu malu.

Beliau berkata: “Terdapat pilihan yang berbeza (mengekalkan kecergasan fizikal). Tetapi bagi saya, tidur adalah sangat penting untuk bermain di tahap tertinggi. Setiap hari saya tidur selama sembilan hingga 10 jam.

“Saya cuba untuk menjadi sesegar mungkin. Jadi saya fikir ini mungkin aspek yang sangat penting untuk bermain di peringkat tertinggi.”







Son sudah tentu mahu melupakan musim kecewa lalu selepas terkial-kial mencari form terbaik dengan Spurs menamatkan musim itu di tangga lapan Liga Perdana England (EPL).

Beliau menjaringkan 14 gol dan memberi enam bantuan dalam semua pertandingan, turun daripada 24 gol and 10 bantuan dalam musim sebelumnya, dimana beliau juga memenangi Kasut Emas EPL selepas menjaringkan gol terbanyak dalam liga itu.

Namun, popularitinya hampir tidak terjejas. Pada acara AIA itu, para tetamu mengeluarkan telefon bimbit untuk memetik gambar Son sejak beliau tiba di dewan hotel.

Son, yang dikenali untuk kepantasannya dan bakat untuk menjaringkan gol sejak berpindah ke Spurs dalam perjanjian bernilai £22 juta (S$37.5 juta) pada 2015 dari Bayer Leverkusen, juga telah mencipta sejarah.

Pada April, beliau menjadi pemain bola sepak Asia pertama untuk menjaringkan 100 gol dalam EPL dan semasa pengundian Ballon d’Or 2022, Son menduduki tempat ke-11 dalam ranking – kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh seorang warga Asia.

Anugerah itu dibuka kepada pemain bukan Eropah pada 1995.

Pada Selasa, Son menjelaskan bahawa keinginannya untuk memperbaiki diri terus mendorongnya dalam hidup.

“Sebagai pemain bola sepak, kami mempunyai sesi latihan setiap hari di mana kami boleh memperbaiki diri. Apabila saya bangun pagi, saya sentiasa berfikir saya harus melakukan lebih baik daripada semalam.

“Tidak kisah jika persembahan saya semalam luar biasa, saya sentiasa perlu melakukan lebih baik daripada semalam. Itu membuatkan saya benar-benar bermotivasi.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >