Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID HASANAH

Membangun belia berakhlak agar negara sejahtera

Dec 16, 2022 | 05:30 AM



CENDEKIAWAN Islam yang dikenali ramai, Dr Yusuf Qaradawi, pernah mengungkapkan mutiara kata yang berbunyi begini:



"Apabila kita hendak melihat bentuk negara pada masa depan, lihatlah pada generasi belia pada hari ini, kiranya golongan belia pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman sejahtera."



Daripada kata-kata hikmah tersebut, Masjid Hasanah yakin dan percaya bahawa golongan belia dan beliawanis mampu memainkan peranan yang sangat penting terhadap pembangunan serta kemajuan negara.



SEBAGAI PELAPIS NEGARA, SIAP DIRI LEBIH AWAL



Sebagai pelapis negara, para belia ini perlu menyiapkan diri lebih awal lagi untuk menghadapi pelbagai cabaran dan ketidaktentuan pada masa hadapan.



Golongan belia hendaklah diberi pendedahan menerusi kegiatan-kegiatan yang berunsur kemasyarakatan.



Ini akan dapat memupuk minat belia seawal usia dari peringkat sekolah rendah lagi.



Dalam mengecapi wawasan kemasyarakatan, golongan belia hendaklah memelihara kesihatan dari segala aspek sama ada fizikal, mental dan juga kerohanian.



Menurut ahli Lembaga Pentadbir Masjid Hasanah, Encik Osman Farouk, yang juga merupakan penasihat bagi Unit Belia Masjid Hasanah, belia memang mempunyai pengaruh yang kuat di antara satu dengan lain.



PROGRAM MASJID BANYAK LIBATKAN BELIA



Oleh itu, penting bagi Masjid Hasanah untuk melibatkan belia dan beliawanis dalam program-program masjid agar mereka dapat menjadi pengaruh yang positif terhadap belia dan rakan-rakan mereka yang lain.



Bagi Cik Whidiawati Ya'acob, 46 tahun, ibu kepada salah seorang belia di Masjid Hasanah, beliau juga menggalakkan penyertaan anaknya di kelab belia di masjid tersebut.



Beliau juga yakin penglibatan bersama masjid mampu memberikan anaknya pendedahan positif dan meluangkan masa dengan kegiatan-kegiatan yang bermakna.



"Saya amat menggalakkan ibu bapa untuk mendorong anak masing-masing menyertai kelab ini supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan belia yang lain.



"Selain itu, saya ingin melihat anak saya bergaul serta belajar ilmu agama bersama di Masjid Hasanah.



"Dengan adanya pelbagai program dan kegiatan berfaedah, terutama sekali di musim cuti sekolah ini, mereka dapat meluangkan masa dengan kegiatan-kegiatan yang lebih bermakna," kata Cik Whidiawati.



Pihak Masjid Hasanah berharap dapat melihat golongan belia dan beliawanis Masjid Hasanah mengambil inisiatif sendiri dalam menjaga masyarakat dan alam sekitar secara amnya.



Sebagaimana kata pengerusi Masjid Hasanah, Encik Amir Mohamed Ali:



"Masjid Hasanah ingin melihat belia-belia menyumbangkan masa dan tenaga mereka dengan membantu mereka yang memerlukan.



"Ini termasuklah golongan warga tua, golongan kurang upaya dan pelajar muda yang memerlukan bimbingan mereka.



SOKONGAN IBU BAPA DIALU-ALU



Pihak kami turut mengharapkan peranan ibu bapa untuk menyokong anak-anak remaja mereka mendaftarkan diri menjadi sukarelawan bagi memasyarakatkan masjid.



"Penglibatan ini akan memberi peluang kepada belia untuk membina keyakinan diri, membangunkan kemahiran sosial dan emosi melalui komunikasi sesama rakan belia yang lain.



"Di samping itu, mereka juga dapat menanam minat untuk terus membantu dan meningkatkan ilmu menerusi pembelajaran dari sudut agama mahupun sekular."




CARA MENYUMBANG 



- PayNow ke UEN: S70MQ0042B



- Pindahan wang ke akaun semasa OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang rujukan dengan "wakaf" atau "infak". Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque.



- Hantarkan melalui cek kepada "LPM Hasanah". Poskan ke alamat: Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.



- Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian +65-6561-7990, Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang) atau Sabtu dan Ahad (9 pagi hingga 1 petang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >