Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Bebola ikan, dumpling, sate mungkin dapat lebih permintaan

Dapatkah menu Asia tarik pengguna serantau cuba daging alternatif?

Aug 20, 2023 | 05:30 AM



Bianca Wassmaan


Daging yang dibuat dalam makmal telah diberi kelulusan untuk dijual di Amerika Syarikat.

Pada Jun 2023, Good Meat dan Upside Foods menjadi syarikat pertama dibenarkan menjual produk daging dibuat dalam makmal di pasaran Amerika.

Teknologi inovatif ini melibatkan sel-sel haiwan yang tumbuh dalam makmal tanpa menjaga dan menyembelih haiwan, dan bertujuan menawarkan kaedah pengeluaran daging yang lebih mampan dan beretika.

Negara pertama yang meluluskan produk itu untuk penjualan ialah Singapura pada 2020.

Singapura mempelopori usaha membenarkan penjualan daging dibuat dalam makmal untuk mempertingkat bekalan makanannya.

Dengan 90 peratus makanannya diimport disebabkan kawasan tanah yang terhad, teknologi berasaskan sel menawarkan potensi meningkatkan penghasilan makanan domestik tanpa perlunya tanah pertanian.

Negara Asia lain sedang mempertimbangkan mengikuti jejak langkah Singapura dalam mengamalkan teknologi daging dibuat dalam makmal untuk menangani cabaran serupa.

Namun, perspektif Asia dalam industri daging dibuat dalam makmal tidak tinggi.

Pada 2022, hanya seperlima daripada 156 syarikat aktif berpangkalan di Asia, dengan majoriti daripadanya – 61 peratus – adalah di Amerika Utara dan Eropah.

Akibatnya, kebanyakan syarikat daging dibuat dalam makmal memenuhi diet pemakanan Barat – iaitu burger klasik dan salada Caesar ayam dipaparkan pada laman pemain industri teratas.

Produk tersebut kurang berkemungkinan dapat menarik perhatian di Asia seperti di Amerika Utara dan Eropah.

Tumpuan industri di Barat meliputi penyelidikan pengguna.

Meskipun kajian meluas telah meneroka persepsi warga Amerika Utara dan Eropah mengenai daging dibuat dalam makmal, pasaran Asia belum cukup diterokai dan soalan – seperti “Apakah produk dibuat dalam makmal yang sesuai dengan diet Asia?”, “Apakah keprihatinan orang Asia mengenai teknologi baru ini?” dan “Bagaimanakah kami menimbulkan minat di rantau ini?” – tidak cukup dijawab.

Tentu sekali, faktor psikologi ‘universal’ dari segi budaya memainkan peranan.

Rasa jijik dan neofobia makanan, iaitu kecenderungan menolak makanan baru, adalah fitrah manusia dan sebab utama keraguan pengguna di seluruh dunia terhadap daging dibuat dalam makmal.

Sebaliknya, mendidik orang awam mengenai manfaat masyarakat dan sekitaran yang dijanjikan boleh mempertingkat penerimaan, seperti yang disimpulkan kajian di seluruh dunia.

Bagaimanapun, mempertimbangkan faktor budaya juga penting.

Syarikat Asia dan penyelidik pengguna boleh menangani isu ini untuk secara berkesan mempromosi teknologi berasaskan sel di benua mereka:

BEBOLA IKAN, BUKAN BURGER

Meskipun patti burger merupakan produk utama banyak syarikat daging alternatif (termasuk daging dibuat dalam makmal), sektor Asia perlu menimbangkan mengikut konteks tempatan.

Di Asia Tenggara misalnya, makanan seperti bebola ikan, ‘dumpling’ atau sate, yang boleh dimasak dalam kari, sup mi atau hidangan nasi, mungkin akan mempunyai lebih permintaan.

Lebih banyak syarikat dan penyelidik perlu mempertimbangkan pilihan kulinari serantau di Asia.

TERJEMAHAN TIDAK DIFAHAMI

“Daging dibiak” (dan bukan “daging dibuat dalam makmal”) misalnya telah menjadi terminologi yang diterima secara meluas di dunia Barat.

Bagaimanapun, cabaran timbul di Asia.

Dalam bahasa Mandarin dan Jepun misalnya, “bersih”, “tulen”, atau “daging sintetik” adalah istilah yang biasa digunakan.

Belum lagi dapat dilihat tatanama mana yang akan digunakan di bahagian Asia yang berlainan.

HALAL ATAU TIDAK?

Kepercayaan agama Asia boleh menjejas persepsi daging dibuat dalam makmal.

Bagi penganut Hindu umpamanya, mengekstrak sel haiwan mungkin bercanggah dengan prinsip tiada kekerasan.

Sementara itu, orang Islam mungkin mempersoalkan status halal daging tersebut.

Untuk menangani isu tersebut, peraturan dan pensijilan tertentu bagi daging dibuat dalam makmal perlu diwujudkan.

MOTIVASI DAGING

Slogan syarikat seperti “cara lebih hijau dan lebih baik membuat daging” digunakan untuk meyakinkan pengguna Barat tentang manfaat sekitaran dan kebajikan haiwan menggunakan teknologi itu.

Namun, motivasi di Asia mungkin berbeza.

Singapura, contohnya, menjadikan daging dibuat dalam makmal komersial untuk memperkukuh kecukupan diri dan kedudukan sebagai “pelopor teknologi”.

Di China, manfaat kesihatan makanan diutamakan, dan pengguna mungkin menerima daging dibuat dalam makmal jika nutrisinya lebih baik daripada daging konvensional.

Strategi untuk memenangi hati pengguna Asia perlu diterokai.

Sudah tiba masanya untuk merangkumkan “budaya” dalam “daging dibuat dalam makmal”.

Meningkatkan penerimaan teknologi ini tidak boleh berjaya dengan hanya satu pendekatan untuk semua.

Sebaliknya, industri dan sains pengguna mesti berusaha memeriksa topik ini melalui lensa budaya yang berbeza.

Bianca Wassmaan seorang penyelidik bagi projek Penghasilan Protein Berasaskan Mikroalga Moden di Pusat Singapura-ETH (SEC) dan ETH Zurich. Penyelidikan projek ini disokong Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) Singapura di bawah program Kampus bagi Kecemerlangan Penyelidikan dan Perusahaan Teknologi (Create). Tugas beliau termasuk memeriksa penerimaan pengguna terhadap protein alternatif seperti daging alternatif berasaskan tumbuhan, serangga, mikroalga dan daging dibuat dalam makmal. Artikel asal diterbitkan oleh 360info.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >