Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

ISIS dikalah, tapi ideologi radikal agama belum

Nov 12, 2017 | 12:00 AM



MASA semakin berakhir bagi Daesh, kumpulan pengganas yang muncul pertama kali pada akhir 2013 dan dalam beberapa bulan dapat menawak kawasan yang luas Iraq dan Syria dan mengisytiharkan khalifahnya di kawasan yang ditawan itu.



Pada hari-hari kebelakangan ini, pasukan tentera Iraq dapat membebaskan kubu kuat terakhir pertubuhan itu di Iraq, kota Qaim, sementara pejuang Daesh terpaksa berundur ke Boukamal di Syria.



Pada masa sama di pihak Syria, pasukan tentera rejim pemerintah menakluki pangkalan utama terakhir kumpulan itu di Deir Ezzor, membuat kumpulan militan itu melarikan diri ke lembah Sungai Euphrates, di mana mereka kini terperangkap antara tentera kerajaan dan pejuang Angkatan Demokrat Syria yang disokong oleh Amerika Syarikat.



Dan dengan itu kita mencapai apa yang digambarkan sebagai "peringkat akhir" dalam perang panjang dan mahal terhadap salah satu kumpulan pengganas yang paling kejam, dan membingungkan sejauh yang dapat diingat.



Kekalahan ketenteraannya akan menjadi tonggak penting bagi rantau yang telah terkejut oleh kemunculan Daesh, keupayaannya menyatukan penyokong dari seluruh dunia dan warisannya yang dahsyat yang telah meninggalkan parut mendalam pada orang dan budaya dunia di bahagian ini.



Tindakannya 'menculik' Islam mungkin merupakan isu yang akan mencabar dan menarik perhatian sarjana dan pemimpin Islam untuk masa yang lama.



Tetapi sementara kejatuhannya akan dirai sebagai kemenangan besar oleh semua orang yang menjadi sebahagian daripada gabungan anti-Daesh, keghairahan itu tidak sepatutnya membayangi beberapa fakta suram.



Ekstremisme agama telah menjadi fenomena global dan sementara Daesh, dan sebelum itu Al-Qaeda, mengamalkan penafsiran Islam yang ketat, fanatik dan kontroversial, lapangan masih terbuka untuk kumpulan fundamentalis lain mengamalkan dan mengikuti doktrin serupa.



Tugas untuk menghadapi ekstremisme agama di rantau kita sangat besar dan secara langsung dikaitkan dengan kerumitan sosial, budaya, ekonomi dan politik yang kita hadapi.



Oleh itu, gelombang ketiga radikalisme Islam bukan sesuatu yang tidak mungkin berlaku, terutama di negara-negara yang mengalami peralihan berbahaya di tengah-tengah pyang disebut sebagai Arab Spring dan hasilnya.



Politik sektarian dan sistem pemerintah etnik-gabungan agama dan politik akan memberikan alasan yang subur bagi kumpulan-kumpulan radikal yang didorong oleh semangat keagamaan dalam kalangan orang-orang yang berasa terpinggir dan dilucutkan hak-hak kewarganegaraannya.



Tetapi kebimbangan segera ialah nasib ribuan bekas pejuang Daesh, termasuk militan asing, yang telah menjawab seruan dan menyertai kumpulan pengganas, khususnya di Iraq dan Syria.



Mereka yang melarikan diri sama ada akan pulang ke rumah atau bersembunyi, tanah, yang menimbulkan bahaya jelas kepada pemerintah daerah.



Kedua-dua senario ini memberikan cabaran yang sukar. Sesetengah negara, seperti Tunisia, telah memutuskan untuk tidak menghantar pulang rakyat yang telah menyertai Daesh. Negara lain telah menubuhkan program khas untuk memulihkan mereka yang menyerah diri.



Isu ini rumit dan tidak ada jawapan mudah.



Sehingga kita menganalisis cara pengganas merampas Islam dan menghalangnya daripada berlaku lagi, orang-orang yang terpinggir dan yang hak mereka dilucutkan tetap berisiko terpengaruh oleh kumpulan radikal yang didorong oleh semangat keagamaan.



Tetapi ada bahaya bahawa selepas kekalahan Daesh di Syria dan Iraq, pelampau yang pulang ke negara mereka dan pengsimpati tempatan akan melakukan serangan balas di tanah air mereka.



Walaupun ancaman serangan terhadap sasaran utama perlahan-lahan reda, kebimbangan bahawa yang yang bergerak sendirian akan aktif untuk beberapa waktu adalah munasabah.



Tahun ini sahaja terdapat serangan hebat terhadap orang yang tidak bersalah di London, Paris, Barcelona dan baru-baru ini di New York. Kesemua tindakan pengganas ini dilakukan oleh individu yang mendapat inspirasi daripada Daesh tetapi tidak secara langsung berkaitan dengannya.



Tempoh selepas kekalahan terakhir Daesh di bahagian dunia ini akan menjadi yang paling berbahaya.



Kera sumbang akan cuba melakukan pembalasan atas nama kumpulan yang dikalahkan.



Dan sementara Daesh rebah di Syria dan Iraq, proksinya terus aktif di Sinai, Libya, Somalia, Afghanistan dan di tempat lain.



Selain itu, penghapusan kehadiran kumpulan itu di dunia maya akan terbukti sukar, walaupun tidak mustahil. Ia memerlukan usaha global dan beberapa langkah yang diambil oleh pemerintah untuk mengawal ruang dalam talian akan menjadi kontroversi.



Sedang perkara selesai selepas kekalahan Daesh yang dijangka, kita harus memulakan kajian menyeluruh mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku beberapa tahun lalu yang membolehkan kultus fanatik ini muncul dan berkembang.



Perdebatan tidak harus terbatas pada gegaran geopolitik dan konspirasi yang mengguncang rantau ini, sebaliknya merangkumi faktor-faktor yang menyebabkan penciptaan fenomena ekstremis asing, terutama di Eropah, dan sokongan yang kumpulan ini, dengan versi Islamnya yang sesat, dapat daripada Muslim di Iraq dan Syria dan di tempat lain.



Sedang kita mencari jawapan, kita tidak boleh lupa ribuan orang yang mati di bawah pemerintahan Daesh yang kejam, ratusan ribu orang yang tersesar (displaced), anggota etnik minoriti yang dibunuh, diperkosa dan diperhambakan dan warisan budaya yang musnah selama-lamanya.



Kami bertekad tidak akan membiarkan perkara seperti ini berlaku lagi. - Arab News




  • Osama Al-Sharif seorang wartawan dan pengulas politik di Amman, Jordan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >