1871, Berita Bahasa & Budaya - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya3

SAJAK

1871

Sep 05, 2016 | 05:30 AM

Andai aku sekadar seorang nelayan bawahan
yang mengail seabad lalu sebelum masaku
mengejar belanak, mengkerung dan
mempinang
menebar harapan rezeki segantang
tika jenuh dipanah terik sinar suria
akan kulayarkan kolek
ke arah mentari senja bercumbu air
demi ketenangan di hati...

andai aku sekadar si tukang kebun picisan
yang membongkok seabad lalu sebelum
masaku
mencakar tanah menyemai benih
di celah ketapang, rumbia dan cengal
mengelak pacat dan si ular lidi
memasang benteng melawan Mak Menti
akan kuempangkan alur sungai
menjadi tasik mendamai hati...

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map