Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

WHe@Keluarga

7 panduan bantu anak persiap diri melangkah ke Darjah 1

Dec 20, 2023 | 05:30 AM



Ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal melangkah ke Darjah 1 dalam tempoh kurang dua minggu ini, pasti dilanda gundah-gulana.

Mereka mungkin cemas memikirkan bagaimana si kecil memulakan persekolahan di tempat yang lebih luas dengan bilangan murid yang lebih ramai.

Berbanding dengan peringkat prasekolah, kelas di Darjah 1 kerap mempunyai bilangan murid yang dua hingga tiga kali ganda lebih ramai daripada apa yang biasa dilihat oleh anak-anak.

Mereka perlu belajar bagaimana mengendalikan diri semasa berada di bangunan sekolah yang lebih besar.

Mereka perlu berurusan dengan guru yang mungkin tidak semesra di prasekolah dan kenali rakan baru.

Anak-anak itu mungkin melihat hari yang dilalui lebih panjang tanpa waktu tidur tengah hari. Jangkaan akademik juga lebih tinggi.

Pakar dan ibu bapa menegaskan bahawa strategi-strategi ini boleh membantu merapatkan jurang peralihan bagi anda dan anak anda.

Perkenal Konsep ‘Sekolah Besar’

Walaupun anda mungkin telah menghadiri orientasi Darjah 1, teruskan untuk berbincang dengan anak tentang apa yang dijangkakan, seperti berkenalan dengan kawan baru dan jadual harian yang biasa, cadang Pakar Psikologi Pendidikan dan Perkembangan di Th!nk Psychological Services, Cik Pamela See.

Anda juga boleh memperkenalkan buku atau cerita yang sesuai mengikut umur anak tentang tema memulakan sekolah bagi memperkuat pengalaman positif.

Kenalkan juga orang dewasa yang memegang peranan berbeza di sekolah, daripada guru hingga pemilik gerai kantin. Ajarkan anak cara berinteraksi dengan mereka secara hormat dan berhemah.

Kanak-kanak juga perlu belajar bahawa mereka tidak akan sentiasa bermain dalam kumpulan kecil yang sama kerana mereka akan mempunyai lingkaran sosial yang lebih luas di sekolah rendah.

Tetapkan Rutin Sekolah

Mulakan rutin harian beberapa minggu sebelum sekolah bermula, termasuk waktu tidur dan waktu bangun yang tetap, serta waktu untuk makan.

“Rutin yang teratur membantu anak-anak berasa selamat dan bersedia,” jelas Cik See, lapor akhbar The Straits Times.


Ajar Kemahiran Urus Diri

Apabila anak ingin sesuatu di pasar raya dan anda menolak, adakah dia tahu bagaimana untuk menyatakan ketidakpuasan tanpa meluahkan kemarahan?

Jika tidak, sudah tiba masanya untuk mengajar anak tentang kemahiran pengurusan diri.

Pensyarah dari Institut Pendidikan Nasional (Psikologi dan Pembangunan Kanak-kanak & Manusia), Dr Mercy Karuniah Jesuvadian, berkata:

“Kemampuan untuk menyatakan keperluan dan diberi perhatian oleh orang dewasa yang sudi mendengar dan bertindak adalah kunci untuk membina keyakinan kanak-kanak dalam mengemudi dunia baru di sekolah besar ini.”

Belajar Berdikari

Anak yang boleh berpakaian sendiri, menggunakan tandas, serta mengemas dan membawa beg sekolah dengan sendiri akan mendapat dorongan keyakinan untuk menghadapi hari persekolahan, jelas Cik See.

Buat senarai buku-buku dan keperluan lain yang perlu dibawa mengikut jadual supaya anak boleh belajar mengemas begnya sendiri.

Mengajar Perbezaan
Antara Keperluan dengan Keinginan

Salah satu cabaran yang biasa dihadapi oleh ibu bapa di Darjah 1 adalah anak-anak yang menggunakan wang berlebihan di kedai buku sekolah.

Salah satu cara memastikan duit saku yang diberikan kepada anak memadai untuk perbelanjaan hariannya di sekolah ialah dengan mengenal pasti harga barang di kantin dan kedai buku untuk menetapkan bajet yang realistik.

Encik Aaron Chwee, ketua penasihat kekayaan di OCBC Bank dan bapa dua anak berusia 15 dan 18 tahun, dalam laporan ST mencadangkan agar ibu bapa membiasakan diri dengan harga barangan di kantin dan kedai buku untuk menetapkan wang saku yang realistik.

Beliau memberi anak-anaknya wang poket harian yang mencukupi di Darjah 1 untuk hidangan utama dan minuman, dengan baki 30 sen supaya mereka boleh menyimpannya dalam akaun bank.

Mereka pada masa itu sudah biasa dengan konsep “wang saya” berbanding “wang anda”, dan teruja dengan autonomi yang diselia untuk menguruskan wang mereka.

Apabila mereka lebih dewasa nanti, ini menjadi jumlah mingguan supaya mereka boleh belajar mengatur bajet.

Beliau dan isterinya juga bermain permainan yang dipanggil, Wants Versus Needs, dengan anak-anak di mana mereka akan menulis barang yang berbeza di kertas dan anak-anak perlu memutuskan sama ada ia adalah kehendak atau keperluan.


“Ini membantu mereka memahami kepentingan mengutamakan keperluan,” katanya.

Menurutunya, cawangan bank di Wisma Atria itu sering mengadakan acara di mana kanak-kanak boleh belajar tentang pengurusan wang.

Akui Ketakutan Anak dan Anda Sendiri

Adalah normal bagi anak untuk berasa takut memasuki Darjah 1.

Oleh itu, usah abaikan perasaan takut tersebut dengan komen seperti ‘Jangan risau, semua orang baik di sana. Mereka akan membantu’,” nasihat Dr Jesuvadian.

“Kanak-kanak itu masih belum bertemu dengan mana-mana guru untuk membuat sebarang kesimpulan, jadi tindak balas sedemikian hanya akan mengelirukan dia,” kata beliau.

Sebaliknya, tanya anak bagaimana anda atau guru boleh membantu mengurangkan perasaan takut itu. Bagaimanakah anak anda fikir dia boleh membantu dirinya sendiri?

Pada masa yang sama, kenali tanda-tanda kebimbangan anda sendiri tentang peralihan.

Jika anak menghadapi cabaran akademik atau emosi yang berterusan semasa peralihan, dapatkan bantuan sekolah atau pakar swasta seperti kaunselor, pakar psikologi kanak-kanak atau psikologi pendidikan, katanya.

Fahami Setiap Kanak-kanak Berbeza

Walaupun ini mungkin bukan pengalaman pertama anda mempunyai anak yang memasuki Darjah 1, penting untuk memahami bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keperluan individu yang berbeza.

Memberi perhatian kepada keperluan anak dan membantu mereka dalam memahami perasaan mereka adalah penting dalam membina keyakinan dan kesiapan mereka untuk memasuki lembaran baru itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >