Lama aku mencari jawapan demi jawapan meredah hutan mengharung ombak menggali bumi menebang pohon
Percuma sia-sia saja rasa hampa kecewa
Aku terus mencari cari dan menjelajah siang dan malam tiada waktu terluang masa santai tiada terbiar
Masa kuperjuangkan waktu kukorbankan
Terasa diri lelah timbul dan tenggelam dalam arus pencarian namun tidak sampai pada alamat yang tepat
Bosan lalu terasa putus asa menerpa
Di malam syahdu dingin terlena dibuai mimpi terdengar suara lembut berbisik dan memberitahu yang kau cari ada di sini
Tersedar berkeringat tertanya termenung
Terfikir apakah maksud bisikan seolah beri jawapan bangkit bersuci beristighfar bersujud bersimpuh munajat jumpa jawapan di pertiga malam
jawapannya ada di sini bukan di sana yang dicari
~AmRa~
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg