Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Air Mata Di Raudhah

Sep 23, 2018 | 05:30 AM

Di sini aku bersimpuh

Menumpah munajat

Di antara hati-hati yang mula hidup

Menempel doa-doa untuk diabadikan

Menghembus nafas-nafas yang hangat

Di antara makam-makam yang masih utuh

Tersangat kerdilnya

Menumpang warna-warna kehidupan

Hitam dan putihku ketandusan

Ibadahku lopong

Ringan ditumpas kealpaan

Di sela-sela air mata sendu

Sesal dan berjurai lesu

Ya Allah..

Dalam doaku ternyata lemah

Rumpunkan limpahan ribuan kebaikan

Kutitip pengaduan busana hidup

Merewang liku-liku bertali arus

Agar dijernihkan yang keruh

Sedalam-dalam tanpa gelombangnya

Kusandarkan pada-Mu, ya Allah

Diharumkan sewangi Raudhah

Wahai Yang Maha Penyayang.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >