Sewaktu aku melihat
akar kemanusiaan terbalik
rendang daun ke tanah
tidak ada daun-daun berserak
dari akar yang menegak
menjadi asas pohon berpijak
ku saksikan akar bergelumang
dengan tanah
menunggu hujan alam
memurnikan pencemaran
yang kelam


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg