Aku bukan di barisan depan yang terdedah kepada ancaman bersiap sedia sepanjang detik kehidupan dengan berpelitup muka dan seragam nyahkuman tatkala dipandang orang dengan syak wasangka curiga mendendam malah setiap saat membawa satu kemungkinan sentiasa berdepan dengan ketidaktentuan perlu berjaga bersengkang mata siang malam namun tiada mereka membawa gurisan seribu duka hati pilu akan masa depan yang begitu jelas kesamaran hanya berbekalkan kebal kesungguhan dan kecekalan
aku bukan mereka di barisan depan yang terpaksa berdepan dengan mestika sakti yang mampu merobekkan ketahanan imun dan menikam pelalian perasaan sejagat sehingga hilang teman, tercambah pula andaian jiran peminggiran persaudaraan dan penolakan persefahaman sesama insan serta sokongan yang semakin dihiris nipis oleh prasangka mereka itu bertemankan kuman penularan pembunuh kasih harapan peragut kehidupan


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg