SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Antara sementara

Antara sementara

Dec 4, 2022 | 5:30 AM

Antara sementara

a42feab1-31c0-4eff-b98d-9d3d30b92b44
-

sementara...

setiap mimpi dan cita-cita perlahan menjelma berjisim menjadi nyata

segenap doa dan harapan berkembang perlahan mengisi ruang kewujudan

seluruh iltizam dan hasrat membuak berjitu padat tembusi petala alam hakikat

ingat...

kuat otot dan deru tenaga darah muda jiwa raga akan tibanya surut juga

cerdas fikiran geliga otak akal nan setajam tombak nanti turut tumpul kelak

masa, nyawa dan segalanya dipulangkan kepada-Nya kerana dunia pinjaman hanya

... sementara

MOHAMED NAGUIB NGADNAN

Aku di rumah perawat

Aku Seakan-akan terjerat Di dalam rumah perawat Yang dilayan baik jururawat Disediakan keperluan dan ubat

Aku Seolah-olah terikat Di dalam kamar hebat Yang diperiksa rapi padat Disiapkan kelengkapan dan surat

Suntikan demi suntikan Keluar masuk cecair di badan

Sekejap demi sekejap Suhu badan diperiksa kerap

Aku Setidak-tidak Enggan sekali berada di sini Namun tidak dapat dielak lagi Dipastikan supaya badan sihat kembali

Aku Seboleh-boleh Tidak mahu singgah di sini Namun akur keadaan tubuh ini Diperlukan kekuatan semangat yang tinggi

Hari demi hari Berharap sembuh hadir kembali

Masa demi masa Berserah pada yang Maha Esa

~AmRa~

Sambung

... lalu aku kembali mengambil warkah lama tak bernoktah ditimbus buku-buku pena itu amanah Tuhan aku akan ditanya kenapa tidak menyambungnya...

MUHAMMAD HUSIN MASNIN

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg