Angkatan Sasterawan’50 (Asas’50) mengumumkan penerbitan sebuah Antologi Puisi khas sempena memperingati ulang tahun penubuhannya yang ke-75, dari tahun 1950 hingga 2025. Inisiatif ini bertujuan untuk menghimpunkan karya-karya puisi yang mencerminkan semangat dan perjuangan “Seni untuk Masyarakat” yang menjadi cogan kata Asas’50 sepanjang tujuh dekad ini.
Setiausaha Kehormat Asas’50, Cik Faridah Taib menerusi satu kenyataan Asas’50 mengalu-alukan sumbangan puisi (sajak) daripada anggota badan tersebut. Kata beliau, tema karya yang diminta adalah yang berkaitan dengan perjuangan seni untuk masyarakat, peristiwa atau tokoh penting yang telah memberi inspirasi kepada penulis, saranan untuk kesinambungan ke hari muka, harapan untuk masa depan, atau apa sahaja yang dianggap relevan. Walau bagaimanapun, panel penyunting berhak menentukan karya yang sesuai untuk diterbitkan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg