Jika anda berkunjung ke salon kecantikan atau klinik estetik untuk rawatan wajah atau kecantikan tubuh badan, usah terkejut jika perunding kecantikan atau ahli terapi anda ialah robot.

Suasana seperti adegan sebuah filem cereka sains itu dilihat apabila konglomerat kosmetik Korea Selatan, Amorepacific (pengeluar produk popular seperti Sulwhasoo), pada Julai lalu melancarkan makmal kecantikan kecerdasan buatan (AI) di Seoul.